Buletin

LOTUS CHAPMAN BESPOKE, KHIDMAT BUATAN KHAS KERETA LOTUS, MULA DI CHINA

Khidmat buatan khas ditawarkan kepada pelanggan jenama mewah yang mahukan sesuatu lebih eksklusif untuk kereta mereka.

Pelanggan boleh memilih balutan dalaman, rim, warna badan dan aksesori mengikut pilihan peribadi.

Bukan setakat kemasan dalam dan luar, ada pengeluar yang boleh membangunkan sebuah kereta khusus tanpa unit kedua untuk pelanggan!

Terbaru Lotus menawarkan khidmat buatan khas Lotus Chapman Bespoke susulan permintaan di serata dunia.

Khidmat ini membolehkan pelanggan memilih kemasan dan perkakasan dari sekecil logo, kemasan dan sehingga keseluruhan kereta.

Khidmat Lotus Chapman Bespoke ditawarkan di China pada 25 April dan menyusul ke pasaran lain dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Nama Lotus Chapman Bespoke dipilih bagi menghargai pengasas Lotus, Colin dan Hazel Chapman yang mengasaskan perniagaan mereka di London pada 1948.

Colin Chapman merupakan watak penting dalam industri automotif dan sejumlah reka bentuk, teknologi dan inovasi di dalam sukan permotoran hari ini dibangunkan buat kali pertama oleh Colin Chapman.

Lotus juga mewarisi semangat melawan arus Colin Chapman dan beliau terkenal kerana mengikut arah sendiri.

Khidmat Lotus Chapman Bespoke merangkumi tiga tahap dan aspek berikut:

1. Buatan khas (Tailor-made)

Pelanggan boleh memilih warna, rekaan dan kemasan dengan sentuhan dan perincian peribadi.

2. Koleksi (Collection)

Rekaan edisi terhad dengan kerjasama pihak ketiga seperti rakan kerjasama, artis dan jenama mewah.

3. One-off

Kereta buatan khas dan unik mengikut pelanggan.

Lotus sebelum ini sudah pun menawarkan khidmat buatan khas dan pelancaran Lotus Chapman Bespoke mengangkatnya ke peringkat lebih tinggi susulan model hebat seperti Eletre dan Emeya.

Google ads
Back to top button