Motosikal

SUZUKI BELANG 150 DENGAN ENJIN KTM DUKE 390!

Suzuki Belang 150 mungkin merupakan motosikal underbone yang paling maju ketika diperkenalkan. Malah, dalam standard hari ini pun, spesifikasi enjin Belang jauh lebih baik berbanding Yamaha Y15ZR yang entah kenapa sangat popular.

Dikenali sebagai Suzuki Satria 150 di Indonesia dan Suzuki Raider di FIlipina, model ini masih lagi dijual di negara-negara tersebut.

Dengan enjin 150cc, DOHC dan kotak gear manual enam kelajuan, Belang memang mendahului pesaingnya ketika diperkenalkan pada sekitar tahun 2003.

Popularitinya juga boleh tahan, lebih-lebih lagi di negara yang masih menggemari motosikal cub tanpa fairing dan suspensi hadapan sama seperti model naked.

Bezanya, tangki bahanapinya masih lagi di bawah pelana dan tetulang di tengah badan membolehkannya kekal berkongsi sifat dengan sebuah kapcai.

Tapi kali ini, kita bukan nak cerita perihal Belang standard. Di Filipina (atau Thailand ni?), sebuah bengkel motosikal di sana telah menyalin enjin KTM ke dalam kerangka Suzuki Raider 150.

Proses transplan enjin lebih besar kepada motor kecil bukanlah sesuatu yang baru, namun membuatnya pada sebuah motosikal yang berasal dari enjin 150cc memang tidak mudah.

Saiz kerangka yang kecil tentu sahaja merumitkan keadaan pemasangan cagak enjin baru – yang tentu sahaja memerlukan ruang dan beban enjin yang lebih berat. Ia ibarat meletakkan dua buah enjin 150cc ke kerangka si Belang.

Kenapa enjin ini dipilih?

Selain ia hanya mempunyai satu selinder, enjin KTM 373.2 cc ini mampu menghasilkan 43 kuasa kuda dan 35Nm tork. hampir tiga kaliganda kuasa enjin asal Suzuki Raider ini.

Jadi, adakah ini namanya kemajuan?

Google ads
Back to top button