
KUALITI BOEING 737 MAX TERUK, KOMPONEN PESAWAT DIPASANG TIDAK KEMAS & SKRU LONGGAR
Syarikat Boeing yang menghasilkan model 737 Max kini berhadapan dengan masalah yang lebih rumit apabila United Airlines dan Alaska Airlines yang merupakan pelanggan mereka menemui beberapa komponen tidak dipasang dengan kemas sekaligus menimbulkan spekulasi berkenaan dengan kualiti pemasangan 737.
Badan pengawalselia iaitu NTSB telah menggantung 171 pesawat Boeing 737 Max 9 selepas sebuah pesawat ini mengalami masalah teknikal dengan pintu pesawat terkopak ketika dalam penerbangan sebaik sahaja berlepas dari lapangan terbang Oregon pada Jumaat lepas
Pesawat Alaska Airlines tersebut menyatakan laporan audit menemui beberapa komponen dan perkakasan pesawat tidak dipasang dengan ketat berdasarkan kertas semakan yang dilakukan. Audit yang dilakukan kemudian mendapati beberapa skru tidak diketatkan mengikut standard spesifikasi keselamatan yang sepatutnya
Daripada 171 pesawat yang digantung penerbangan, skru pada 10 pesawat didapati tidak dipasang dengan betul. Buat masa ini Boeing dilaporkan telah mengemukakan cadangan pembetulan dan SOP pembaikan diteliti oleh FAA
Walaupun tidak digunakan secara meluas, Boeing 737 Max telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna dan operator pesawat ini, terutama dengan kes 2 pesawat ini terhempas pada bulan Mac 2019 dengan kes kematian melibatkan 346 nyawa terkorban
Bagi kes pintu yang terkopak, ia melibatkan pembekal Boeing iaitu Spirit AeroSystems dan komponen ini dipasang sendiri oleh Boeing. Dengan SOP pemeriksaan yang melibatkan masa yang lama, operator kapal terbang ini perlu menggantung dan membatalkan jadual penerbangan sehingga FAA mengesahkan pesawat ini selamat untuk digunakan
Dalam kejadian Jumaat lepas, juruterbang Alaska Airline terpaksa berpatah balik dan mendarat dengan selamat selepas panel fiuslaj terkopak, topeng oksigen terbuka dan beberapa barangan peribadi milik penumpang disedut keluar dari pesawat akibat decompression

Dalam satu maklumat yang dihasilkan oleh National Transportation Safety Board, terdapat 4 bolt yang digunakan untuk memgang pintu keselamatan pesawat dengan 2 bolt dipasang di bahagian atas dan 2 bolt dipasang di bahagian bawah
Plug ini dikemaskan pada kedudukannya dengan “stop fitting” pada 12 lokasi pada kerangka pintu dan bertindak menghalang pintu ini ditekan keluar oleh tekanan dari dalam pesawat sewaktu terbang di udara. Dalam kejadian ini, pintu tersebut dijumpai di belakang rumah kejiranan Portland
Alaska Airlines terpaksa menggantung sehingga 141 penerbangan dan menghentikan operasi 65 pesawat milik mereka. United Airlines pula menggantung 79 pesawat daripada beroperasi. Pesawat Boeing 737 Max turut digunakan oleh Turkish Airlines, Panama Airlines serta AeroMexico

