
APA YANG SEBENARNYA TERJADI DI LAPANGAN TERBANG HANEDA?
Sebuah kapal terbang Airbus 350 daripada Japan Airlines telah terbakar sebaik sahaja melanggar sebuah kapal terbang yang ditugaskan untuk menghantar bantuan gempa bumi. Dalam kejadian yang berlaku pada 2 Januari lepas, kesemua 379 penumpang daripada Airbus 350 ini berjaya melepaskan diri daripada pesawat yang terbakar itu
Daripada jumpah tersebut, 14 penumpang mengalami kecederaan namun kecederaan yang dialami tidak serius. Dalam kejadian ini, Airbus 350 ini telah melanggar sebuah pesawat De Havilland DHC-8 iaitu sebuah pesawat dengan enjin kipas turboprop yang milik agensi Coast Guard yang dalam perjalanan menghantar bantuan gempa bumi.
5 daripada 6 anak kapal De Havilland DHC-8 maut di tempat kejadian manakala kapten pula mengalami kecederaan yang serius. Pihak JAL menegaskan semasa kejadian pesawat Airbus 350 milik mereka telah menerima kebenaran untuk mendarat daripada menara kawalan.
Terdapat beberapa pemerhatian yang dibuat oleh beberapa agensi keselamatan berkenaan dengan kejadian yang telah meragut 5 nyawa ini. Antaranya ialah:
1. kesemua penumpang yang menyelamatkan diri tidak membawa hand carry luggage atau beg atau barangan peribadi. Kesemua mereka meninggalkan semua barangan dan menyelamatkan diri. Perbuatan ini membantu menyelamatkan nyawa semasa kecemasan
2. Sistem pembesar suara pesawat gagal berfungsi semasa nahas, namun tindakan pantas anak kapal menggunakan megaphone bagi memberi arahan kepada semua penumpag semasa kecemasan adalah patut dipuji termasuklah meminta penumpang meninggalkan barangan peribadi
3. Pakar keselamatan juga menegaskan pihak juruterbang JAL dan juga pegawai kawalan trafik tidak menyedari bahawa pesawat De Havilland DHC-8 milik Coast Guard telah memasuki landasan yang sama dengan pesawat Airbus 350
4. kejadian berlaku semasa cuti perayaan krismas dan juga cuti tahun baru dengan kadar penerbangan yang bertambah menjadikan laluan dan penggunaan landasan bertambah banyak
5. Juruterbang De Havilland DHC-8 juga menegaskan mereka telah menerima arahan dan kebenaran untuk bergerak ke landasan dan bersedia untuk berlepas semasa nahas itu berlaku. Kamera CCTV mendapati pesawat ini menunggu selama 43 saat di kawasan dikenali sebagai C5 sebelum nahas berlaku
6. Ketika nahas, Airbus 350 ini menggunakan kod JAL 516 manakala pesawat De Havilland DHC-8 menggunakan kod JA 722 A. Pesawat De Havilland DHC-8 ini sudah berusia 16 tahun, rosak semasa tsunami 2011, diperbaiki semula dan tidak menggunakan ADS-B
7. ADS-B atau Automatic Dependent Surveillance–Broadcast membenarkan pesawat menghantar semua maklumat seperti posisi dan halaju kepada menara kawalan secara automatik. Berikut ialah skrip perbualan antara semua pihak terlibat semasa nahas
8. Juruterbang JAL 516 melaporkan dia tidak melihat pesawat De Havilland DHC-8 berada di C5 dan pihak menara kawalan tidak memberikan arahan untuk membatalkan pendaratan. Menara kawalan memberikan kebenaran mendarat dan pada masa sama mengesahkan terdapat sebuah pesawat yang menunggu arahan berlepas
Pesawat De Havilland DHC-8 menerima keutamaan untuk berlepas daripada pesawat komersial lain disebabkan ia digunakan untuk misi penghantaran bantuan
9. De Havilland DHC-8 ini kemudian bergerak ke laluan taxi, menerima arahan untuk berhenti sebelum sampai ke landasan utama namun pesawat ini telah memasuki laluan mendarat JAL 516
10. Ini adalah kemalangan kedua yang melibatkan Japan Airlines dengan kehilangan pesawat sepenuhnya tapi tiada kehilangan nyawa. Kejadian yang pertama adalah pada tahun 1985. Kejadian ini juga adalah kejadian pertama Airbus 350 kehilangan hull sepenuhnya



