BuletinMotosikal

LAGI PERKEMBANGAN TERKINI MOTOGP INDONESIA 2021

Khabar tentang MotoGP Indonesia semakin menjadi kenyataan. Sewaktu sidang media setelah tamat ujian latihan bebas FP3 di MotoGP Qatar semalam, telah ada satu sidang media khusus untuk MotoGP Indonesia yang dihadiri pelumba Indonesia Dimas Ekky Pratama, CEO dorna Carmello ezpeleta, Ricky Baheramsjah – Head of Investment & Marketing Indonesia Tourism Development Corporation ( ITDC) dan Mark Hughes – Managing Director of Mrk1 consulting.

Indonesia akan menjadi tuanrumah MotoGP bermula tahun 2021 dan perjanjian tersebut dimeterai untuk kontrak selama lima tahun.

Trek yang akan dibina nanti adalah di Lombok, iaitu trek urban circuit yang akan menggunakan jalan awam yang akan diubahsuai menjadi litar perlumbaan sewaktu acara berlangsung.

Panjang keseluruhan trek ini ialah 4.3 kilometer dan terdiri daripada 19 selekoh. Sebuah Grandstand utama akan dibina dan dijangka mampu memuatkan sehingga 150,000 penonton.

Pusingan perlumbaan ini juga akan diadakan pada awal musim. Belum ada jadualnya lagi tapi berkemungkinan besar Indonesia akan mengambil posisi pusingan kedua selepas pembukaan di Qatar.

Ya. Ia berita baik kepada warga Indonesia yang merupakan peminat MotoGP sejati sejak dari dulu lagi.

Syabas dan tahniah!

GALERI

Google ads
Back to top button