Buletin

PAKATAN NISSAN, RENAULT & MITSUBISHI BAKAL TUBUH SATU BADAN PEMBUAT KEPUTUSAN

Pakatan Nissan Motor, Renault dan Mitsubishi Motors dilapor akan menubuhkan badan khas yang bertanggungjawab membuat keputusan mengenai kerjasama perniagaan di antara ketiga-tiga pembuat kereta tersebut.

Penubuhan badan baru itu dilihat akan menggantikan pemusatan kuasa yang dilakukan oleh bekas ketuanya, Carlos Ghosn.

CEO Nissan, Hiroto Saikawa

Pengerusi Renault, Jean-Dominique Senard; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Hiroto Saikawa serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors, Osamu Masuko akan menjadi panel tertinggi badan pembuat keputusan itu. 

Pelbagai isu akan dibincangkan, ini termasuklah strategi kerjasama yang sebelum ini keputusannya terletak di tangan Ghosn Mereka bertiga bertemu selepas Ghosn ditahan pada November tahun lalu dan bersetuju untuk tidak lagi mengamalkan pembuatan keputusan oleh seorang individu sahaja. 

Dalam perkembangan berkaitan, pakatan itu akan menutup syarikat kerjasama di Amsterdami iaitu Renault-Nissan BV dan Nissan-Mitsubishi BV. Ini kerana syarikat itu digunakan oleh Ghosn untuk membayar pampasan kepada dirinya sendiri mencecah ¥1 bilion di antara April hingga November 2018. 

Sedangkan Nissan dan Mitsubishi menyuntik dana sebanyak ¥2.1 bilion untuk membantu menyelesaikan kos operasinya. 

Google ads
Back to top button