Buletin

LAGONDA SAH HASILKAN SUV ELEKTRIK ULTRA MEWAH MENJELANG TAHUN 2021

Selepas mengagumkan para pengunjung Geneva Motor Show 2018 dengan Vision Concept, Lagonda mengesahkan pelan untuk memproduksi model pertamanya itu.

Vision Concept disifatkan sebagai SUV elektrik sifar emisi yang cukup radikal. Dijangka diperkenalkan pada tahun 2021, Lagonda SUV akan menjadi SUV mewah pertama yang menggunakan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya.

Ia bukan saha menampilkan falsafah reka bentuk yang berani, malah dilengkapi pelbagai teknologi masa depan.

Lagonda SUV menawarkan ruang dalaman luas, sistem 4×4 berprestasi tinggi dan kemewahan yang tiada tandingan.  

“Jentera ini akan mengekalkan rekaan Vision Concept dan sarat dengan teknologi tercanggih,” kata EVP dan Ketua Pegawai Kreatif Aston Martin, Marek Reichman.

Google ads
Back to top button