Motosikal

53 MOTOSIKAL, 8 KERETA HANGUS TERBAKAR DI PPR GOMBAK SETIA

Sebanyak 53 motosikal dan lapan buah kereta yang diparkir di ruang letak kenderaan di blok 41, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, hangus terbakar awal pagi tadi. 

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 pagi. Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Zaid Zainal, seramai 24 anggota dan pegawai dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Setapak bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati api sangat marak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kebakaran itu menyebabkan 53 buah motosikal terbabit musnah 100 peratus. Manakala kereta pulak rosak atau terbakar 60 hingga 80 peratus. 

“Kebakaran telah berjaya dikawal oleh anggota bomba pada jam 5.25 dan padam sepenuhnya pada jam 5.47. Tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya. – Sinar Harian  kredit foto: Facebook DAily TRaffic REport

Google ads
Back to top button