
Buletin
LAMBORGHINI BERNILAI RM2 JUTA TERBAKAR DI BUKIT BINTANG
Sebuah Lamborghini yang dianggarkan bernilai RM2 juta dilaporkan terbaar di sebuah lot parkir di Pavilion Residences di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang awal pagi tadi.
Kebakaran yang memusnahkan 40 peratus kereta itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan kepada sesiapa.
Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima satu panggilan kecemasan pada jam 2.40 pagi dan telah menghantar 14 anggota dalam dua buah trak FRT dan kenderaan Emergency Medical Rescue Service (EMRS) dari balai Pudu serta Tun Razak ke tempat kejadian.
“Kami hanya mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan api. Tiada sesiapa yang cedera.
“Unit forensik kini sedang menjalankan siatan untuk mengetahui punca kebakaran,” kata Komander Operasi, Mohd Rozi Jusoh. – NST
- BACA: 3,500 KERETA SEWA BERHAMPIRAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA FLORIDA MUSNAH TERBAKAR
- BACA: SYARIKAT INSURANS DI AMERIKA BERI AMARAN KENDERAAN HYUNDAI DAN KIA MUDAH TERBAKAR
- BACA: MASIH BAU KEDAI. LAMBORGHINI HURACAN PERFORMANTE DAH TOTAL LOSS
- BACA: UMUR BARU 5 TAHUN TAPI DAH PANDU KERETA IBU UNTUK BELI LAMBORGHINI – TABAH KAU NAK






