Buletin

BMW PAMER MODEL CONCEPT TOURING COUPE DI CONCORSO D’ELEGANZA VILLA D’ESTE

Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, BMW mempunyai tabiat menghasilkan kereta konsep untuk dipamerkan di Concorso d’Eleganza Villa d’Este.

Sebagai contoh, Model GINA Light Visionary, Gran Lusso Coupe dan terdapat juga Konsep Z4 Zagato pada tahun 2012.

Pada tahun ini, BMW hadir dengan menghidupkan semula Z4 menerusi model Concept Touring Coupe.

Sama seperti kereta konsep berasaskan Z4, ia adalah ciptaan unik yang memberi penghormatan kepada model terdahulu sambil menggunakan reka bentuk moden. Pada asasnya, kita menyaksikan kepulangan Z3 E36/8 atau dikenali sebagai “Kasut Badut.”

BMW mendakwa bahawa anda boleh menganggap kereta ini sebagai Oddball Z3 M Coupe versi 2023.

Dari segi penampilan, ia didatangkan bersama bumbung gaya shooting brake, warna Sparkling Lario, bersama kemasan berwarna perak-gangsa, rim rekaan khas bersaiz 20-inci (hadapan) dan rim 21-inci (belakang).

Di bahagian dalam, model ini diserlahkan dengan uphosteri mewah dari Poltrona Frau termasuk kemasan dua tona iaitu coklat gelap di bahagian atas, sementara di bahagian bawah dipadankan warna coklat muda.

Dari segi kuasa, tiada pendedahan rasmi dinyatakan namun mengambil kira model asas BMW Z4, ia dipacu oleh enjin B48 2.0 liter 4 silinder sebaris turbo, menghasilkan 255hp dan enjin B58 3.0 liter 6 silinder sebaris turbo, menghamburkan kuasa 382hp.

Seperti kereta konsep lain diperkenalkan di Concorso d’Eleganza Villa d’Este sebelum ini, model  Concept Touring Coupe bagaimanapun tidak akan dikeluarkan di pasaran.

GALERI:

Google ads
Back to top button