Buletin

MERCEDES BEKERJASAMA DENGAN LINKIN PARK UNTUK PASTIKAN MODEL-MODEL AMG ELEKTRIK HASILKAN BUNYI YANG MENARIK

Mercedes-AMG cukup teliti dalam membangunkan model-model berkuasa elektrik mereka untuk masa akan datang. Untuk itu mereka telah bekerjasama dengan kumpulan terkenal Linkin Park untuk memastikan bunyi yang dihasilkan kenderaan mereka cukup menarik. Dasyat ni, bayangkan tetamu datang rumah bawak Mercedes diiringi bunyi yang dihasilkan oleh Linkin Park.

Kami pun tak berapa faham macam mana kumpulan popular Amerika itu menyumbang untuk projek ini khususnya terhadap bahagian divisyen Mercedes yang berprestasi tinggi itu tapi itulah yang dinyatakan oleh Tobias Moers, boss AMG bila ditanya oleh pihak WheelsMag.

Moers menyatakan yang mereka telah bekerjasama untuk sekian lama dengan Linkin Park tentang interpretasi muzik yang dihasilkan arus elektrik dan mereka sebenarnya cukup rapat. Walaupun penyanyi utamanya sudah pun tiada tetapi kerjasama antara keduanya masih berterusan.

Projek ini bermula beberapa tahun dulu bila satu pasukan ditubuhkan untuk menghasilkan bunyi buatan (artificial sound). Mereka telah bekerjasama dengan pakar-pakar permainan komputer dan mereka yang mahir dengan kerja-kerja sebegini di dalam industri filem.

Syarikat seperti Mercedes sebenarnya menjual bukan hanya kereta tetapi emosi bersama kereta itu sendiri. Dan muzik akan menguatkan lagi emosi tersebut khususnya untuk kereta-kereta berkuasa elektrik yang memang tidak menghasilkan bunyi seperti kereta biasa.

Kalau tak ada bunyi langsung susah juga kan? Tengah berjalan tak sedar pun ada kereta datang dari belakang kita. Sebab itulah ia mesti disertakan dengan bunyi buatan tadi.

BACA: MERCEDES LANCAR PROJECT ONE – KERETA F1 YANG BOLEH DIPANDU DI JALAN (DAN SUDAH HABIS DITEMPAH)

Antara model yang terlibat dengan projek bunyi buatan ini ialah Project One yang diinspirasikan daripada teknologi Formula 1 dan membuka jalan untuk model-model Mercedes-Benz berkuasa elektrik di mana akan datang.

Ia akan dilengkapi dengan enjin V6 1.6-liter turbo dan empat motor elektrik yang bila digabungkan akan menghasilkan lebih 1,000 hp kuasa. Unit pertama akan disiapkan menjelang 2019 dengan pengeluaran bakal dihadkan kepada 275 unit sahaja. Semuanya sudahpun habis ditempah.

Selain daripada hypercar tersebut, Mercedes juga dikatakan sedang membangunkan versi elektrik CLS terbaru. Ia bakal dikenali dengan nama AMG 53 dan akan dipasarkan sebaris dengan model 43 dan 63.

Google ads
Back to top button