Artikel Pilihan

LAPANGAN TERBANG KANSAI INI MAKIN TENGGELAM DALAM LAUT

Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai merupakan lapangan terbang yang penting untuk bandar Osaka, Kyoto dan juga Kobe dengan pengguna lapangan terbang ini mencecah jutaan pengguna setiap tahun. Lapangan terbang ini telah dibuka hampir 30 tahun yang lepas tetapi pemerhatian pakar mendapati ia akan lenyap ditenggelami air laut nanti

Lapangan ini dibina di atas laut bagi menggantikan lapangan terbang yang lama di wilayah Kansai yang kecil. Disebabkan masalah ruang tanah yang terhad, tiada ruang untuk memperbesarkan lapangan terbang yang lama serta berhadapan dengan komplen penduduk berhampiran maka lapangan terbang baru dibina di atas laut

Secara asasnya, lapangan terbang ini adalah sebuah pulau buatan manusia dengan pembinaan dimulakan pada tahun 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1994. Biarpun menggunakan teknologi lama, lapangan terbang ini mampu bertahan dengan gempa buma Hanshin 1995 dan juga ribut taufan pada tahun 1998.

Pakar kajibumi mendapati disebabkan berat pulau buatan ini serta binaan struktur lapangan terbang, pulau buatan ini akan mendap di dasar lautan Teluk Osaka. Pada permulaan mereka menganggarkan pulau ini akan tenggelam sebanyak 5.7 meter pada tahun 1990 namun anggaran mereka meleset

Lapangan terbang ini tenggelam sebanyak 8.2 meter pada tahun 1990. Malah anggaran awal mendapati lapangan terbang ini akan memerlukan masa selama 50 tahun untuk tenggelam sebelum menjadi stabil dengan aras 13 kaki dari aras permukaan laut.

Ketika lapangan terbang ini dibina, bahagian dasarnya diperkukuhkan dengan tambunan pasir setinggi 5 kaki dan juga pemasangan 2.2 juta unit paip dengan diameter mencapai 16 inci serta diisi dengan pasir juga yang bertujuan menyerap kelembapan dan mengukuhkan dasar pulau buatan yang dibina

Pakar kajibumi berpendapat lapangan terbang ini hanya boleh bertahan sehingga pada tahun 2056 sebelum ia tenggelam sepenuhnya dengan kajian terbaru, jika tiada tindakan yang tepat dilakukan untuk menyelamatkan lapangan terbang ini.

Masalah ini bertambah serius kerana bahagian tengah lapangan terbang ini tenggelam pada kadar yang lebih laju berbanding dengan bahagian tepi landasan. Kos keseluruhan untuk membina lapangan terbang dan mengelakkannya daripada tenggelam mencecah antara 15-20 billion USD.

Dengan penggunaan yang tinggi maka pihak berkuasa tidak boleh membiarkan lapangan terbang ini tenggelam sepenuhnya. Semenjak pembinaan dan sehingga pada hari ini, lapangan terbang ini telah tenggelam sedalam 11.5 meter ke dasar Teluk Osaka

Google ads
Back to top button