Motosikal

LAZARETH LM 410 – MOTOSIKAL 4 RODA, GUNA ENJIN YAMAHA R1, RM452,500 SEUNIT

Beberapa tahun lalu, muncul sebuah syarikat kecil dikenali sebagai Lazareth yang memperkenalkan motosikal empat roda, LM 847 menggunakan enjin Maserati V8 berkuasa 470hp. 

Kali ini, syarikat sama tampil sekali lagi dengan motosikal empat roda, tetapi menggunakan enjin lebih kecil tetapi istimewa. Sama seperti model terdahulu, LM 410 yang baru tetap nampak pelik dengan dua roda di hadapan dan belakang. 

Konfigurasi itu memang aneh untuk sebuah motosikal dan ia boleh duduk tegak tanpa memerlukan sebarang tongkat apabila tidak bergerak. Keunikannya terletak pada satu set engsel pada gandar yang membolehkan motosikal itu condong apabila mengambil selekoh. 

Perubahan paling besar di antara LM 847 dengan LM 410 ialah motosikal baharu itu menggunakan khidmat enjin empat selinder bersesaran 998cc yang diambil daripada Yamaha R1. Enjin tersebut mampu menjana kuasa sehingga 199hp dan tork 105Nm.

Selain daripada jumlah tayar, LM 410 juga hadir dengan reka bentuk luaran yang luar biasa. Sebagai contoh, tidak ia tidak mempunyai skrin dan pelananya jauh ke belakang. Sekali pandang pun dah tahu yang motosikal ini tidak selesa untuk ditunggang. 

Lazareth hanya menghasilkan 10 unit LM 410 dan ditawarkan pada harga AS$108,00 (RM452,500). 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button