Buletin

LELAKI INI KAWAL CORVETTE DENGAN ALAT KAWALAN JAUH SAHAJA, STEADY…

Seorang juruteknik komputer dari Urmond, Belanda berjaya menukar sebuah Corvette C6 buatan tahun 2006 menjadi kereta yang boleh dikawal dari jarak jauh dengan mudah dan selamat.

Sebelum ini, Bjorn Harms telahpun melakukan versi kawaLan jauh ke atas sebuah DeLorean dan KITT daripada siri televisyen popular, Knight Rider.

Nampaknya Harms memang terer. Sebab semua kereta kawalan jauhnya boleh berfungsi dengan baik sebagaimana yang dimahukan. Lihat sahaja kepada Corvette ini. Malah Harms memberitahu ia boleh mencatat kelajuan maksimum apabila dikawal dari jauh.

Kereta itu juga dipasang dengan sistem keselamatan binaan dalam. Maksudnya, ia akan membrek secara automatik apabila transmitter kawalan berada jauh dari jangkauan.

Tidak jauh beza dengan sistem semi-autonomi yang akan memberhentikan kereta jika pemandu gagal mengawalnya.

Prestasi Corvette ini dibiarkan standard, masih menggunakan enjin LS2 V bersesaran 6.0 liter yang berupaya menjana 400hp. Jadi, ia mungkin kereta kawalan jauh yang paling berkuasa di dunia.  

Google ads
Back to top button