Buletin

KILANG PEMASANGAN CORVETTE TUTUP SEMINGGU. BEKALAN KOMPONEN ALAT GANTI SHORT PULA

General Motors menutup kilang pemasangan Corvette di Bowling Green, Amerika Syarikat selama seminggu berikutan kekurangan bekalan komponen alat ganti kenderaan.

Chevrolet memulakan peralihan kedua bagi model Corvette pada 31 Ogos lalu dan ia sudah pasti berita gembira untuk para pelanggan yang menanti penghantaran jentera baharu mereka.

Begitupun, segelintir pembekal tidak dapat memenuhi permintaan bekalan komponen alat ganti kenderaan tersebut.

Sehingga kini, masih belum jelas komponen alat ganti mana yang mengalami kekurangan bekalan.

Menurut Corvette Blogger  alternatif penutupan kilang adalah Chevrolet perlu mengeluarkan bahagian terjejas daripada pesanan C8 Corvette yang dilakukan pada awal tahun dengan pilihan 5VM Aero Kits dan spoiler belakang High Wing.

“Berikutan masalah bekalan komponen alat ganti, kami mengesahkan bahawa kilang pemasangan Bowling Green tidak akan menjalankan pengeluaran pada minggu 12 Oktober.

“Rantaian bekalan, pasukan pembuatan dan kejuruteraan kami giat bekerjasama dengan pangkalan belakan kami bagi mengurangkan kesan lebih lanjut terhadap pengeluaran dan menjangkakan operasi bermula semula pada 19 Oktober,” kata jurucakap Chevrolet, Kevin Kelly.

Bagi para pelanggan yang membuat tempahan bagi model 2020 tidak perlu bimbang dengan kelewatan tersebut kerana akan menerima jentera baharu mereka.

Difahamkan,  sebanyak 20,181 unit Corvette akan dikeluarkan bagi model tahun 2020. – carscoops

Google ads
Back to top button