Motosikal

LELAKI PASRAH ANAK JIRAN CAT MOTOSIKAL GUNA CAT DINDING RUMAH

Satu klip video tular di media sosial Indonesia yang memaparkan seorang budak lelaki mengecat motosikal milik jirannya menggunakan cat dinding berwarna putih, lapor laman berita Detik semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @nr_jenie. 

“Gelagat anak jiran, motosikal saya kena cat. Macam mana ni kawan-kawan?” demikian kapsyen video tersebut.

Rakaman memaparkan sebuah motosikal Yamaha X-Ride berwana biru yang diparkir di tepi rumah dicat dengan cat putih sepenuhnya.

Pemilik motosikal itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbaju merah yang mengecat motosikalnya. Dia dilihat tidak marah, namun meminta budak itu mengakui perbuatannya. 

Setelah dicuci selama berjam-jam, cat pada motosikal itu berjaya ditanggalkan, namun masih terdapat sedikit kesan putih. – Agensi

Google ads
Back to top button