Buletin

2 PENYELIDIK ITALI MAUT SELEPAS KIT SOLAR HIBRID PADA VW POLO MELETUP

Dua orang penyelidik Itali yang menjalankan ujian ke atas satu prototaip satu kit aftermarket yang direka untuk menukar kereta pembakaran dalaman (ICE) menjadi kereta hibrid dikuasakan oleh solar maut selepas bahan ujian tersebut meletup.

Sewaktu kejadian, Maria Vittoria Prati, 66, and Fulvio Filace, 25, sedang menjalankan ujian pemanduan di atas jalan raya. Prati merupakan seorang profesor terkenal di Lembaga Penyelidikan Kebangsaan Itali, manakala Filace ialah pelajar jurusan kejuruteraan. 

Mereka maut akibat mengalami lecur yang serius dan meninggal dunia di hospital selepas beberapa hari kemalangan itu berlaku. 

Eksperimen yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah (EV) itu menggunakan sebuah Volkswagen Polo yang dipasang dengan sebuah kit dihasilkan oleh pihak Life-Safe. Sehingga kini, punca letupan masih belum dapat dikenal pasti. 

Lembaga Penyelidikan Kebangsaan Itali melancarkan siasatan dalaman untuk mencari punca kejadian. Bekerjasama dengan polis, mereka tidak mengenal pasti mana-mana suspek setakat ini.  

Life-Safe dilapor sedang membangunkan satu kit yang membolehkan orang ramai mengubah suai kereta ICE mereka menjadi kenderaan hibrid. 

Sistem berkenaan merangkumi beberapa panel dolar di atas hud dan bumbung yang membantu mengecaj bateri untuk menggerakkan dua motor elektrik yang dipasang pada gandar hadapan dan belakang kenderaan. 

Bermatlamat untuk membolehkan orang ramai menyertai pergerakan elektrifikasi industri automotif tanpa perlu berbelanja besar, projek itu mendapat pelaburan daripada EU sebanyak €1.8 juta (RM9.16 juta). 

Masa depan projek itu selepas insiden tersebut masih belum dapat dipastikan.

Google ads
Back to top button