Buletin

IKAN EMAS BOLEH MEMANDU?

Satu kajian yang dijalankan oleh Ben-Gurion University of the Negev, Israel telah berjaya menemukan ikan emas yang mampu ‘memandu’.

Secara logiknya, ikan emas tidak boleh memegang stereng seperti manusia, namun para pengkaji menggunakan kelengkapan seperti sistem LIDAR, komputer serta kamera bagi menterjemahkan pergerakan ikan emas itu kepada pergerakan ‘kereta’ yang sebenar.

Kereta yang dimaksudkan ini sebenarnya masih lagi sebuah tangki air, namun telah dipasangkan dengan motor elektrik dan roda di bahagian bawah.

Berdasarkan pemerhatian, ikan emas ini dilihat berupaya untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan setelah beberapa hari, malah subjek mampu melengkapkan ujian walaupun diganggu serta diperkenalkan dengan lokasi yang palsu.

Para pengkaji menyimpulkan bahawa ikan emas memiliki keupayaan kognitif untuk belajar satu tugasan yang kompleks di dalam persekitaran yang berbeza, sama seperti keadaan manusia yang mula-mula belajar untuk menunggang motosikal atau memandu kereta.

Video pemanduan ikan emas tersebut boleh ditonton pada pautan di bawah:

Google ads
Back to top button