ASALNYA GURAUAN APRIL FOOL, PENGGUNA BUAT PETISYEN MAHU HYUNDAI HASILKAN PALLISADE N & NEXO N
Kalau anda perasan, setiap tahun mesti ada sahaja prank April Fool yang dibuat oleh pengelar kenderaan di seluruh dunia.
Tahun ini, keadaan sedikit berbeza kerana seluruh dunia masih dalam mood kuarantin akibat penularan wabak COVID-19.
Namun, ia nampaknya tidak menghalang Hyundai membuat prank apabila mendedahkan foto model Pallisade N dan Nexo N di internet.
Pasukan N Diviysen Hyundai menghasilkan render sebuah Pallisade N dan Nexo N berwarna biru yang sama seperti Veloster N.
Penampilan kedua-dua jentera itu kemudian diserlahkan dengan kemasan merah pada bahagian bawah skirting. Selain reka bentuk dan spoiler belakang yang agresif.
Nampaknya, ramai yang minat dengan kedua-dua model tersebut sehingga mereka membuat satu petisyen supaya Hyundai menghasilkan model berkenaan. Dipos di Change.org, petisyen itu bertajuk: “Get Hyundai to Produce the Palisade N.”
Ia juga didatangkan dengan penerangan: Di dalam dunia yang setiap kereta berwarna sama sahaja iaitu kelabu, hitam, putih, kelabu dan mungkin kalau anda bertuah, warna merah, kita memang perlukan perubahan.
“Tunjukkan sokongan anda untuk membuatkan Hyundai Pallisade N satu kenyataan dan boleh dibeli di pengedar berhampiran anda!”
Buat masa sekarang, petisyen itu sudah berjaya memperoleh 160 tandatangan daripada sasaran 200. Saya tidak fikir Hyundai akan buat kalay setakat itu sahaja yang mernyokongnya.