Buletin

LENGKAPKAN NP300 NAVARA DENGAN AKSESORI IRONMAN 4X4

Anda kaki off-road dan merancang untuk membeli sebuah trak pikap Nissan NP300 Navara? Ini berita baik untuk anda!

Ironman-4x4-Nissan-NP300-Navara-mekanika (3)

Sebabnya, anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH), Rustcare Sdn. Bhd. (Rustcare) kini menawarkan pakej aksesori Ironman 4×4 untuk memantapkan lagi aspek keselamatan, prestasi serta penampilan trak pikap NP300 Navara anda.

Aksesori itu dijual menerusi Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Service Sdn. Bhd. (TCEAS).

Ironman-4x4-Nissan-NP300-Navara-mekanika (8)

Tiga pakej Ironman Navara ditawarkan iaitu Adventurer, Challenger PLUS dan Challenger. Harga dan aksesori yang ditawarkan adalah seperti jadual di bawah:

AKSESORI ADVENTURER CHALLENGER PLUS CHALLENGER
Commercial deluxe bulbar

X

X

X

Bar perlindungan belakang

X

Pemijak sisi dengan rails

X

X

Topang hadapan jenis foam cell

X

X

X

Penyerap hentak foam cell belakang

X

X

X

Pegas gegelung hadapan

X

X

X

Pegas gegelung belakang

X

X

X

Harga (+ GST)

RM22,000

RM15,500

RM11,000

Ironman-4x4-Nissan-NP300-Navara-mekanika (7)

Sebagai promosi pengenalan, pakej aksesori Ironman 4×4 akan diberi diskaun sebanyak 15 peratus. Lebih menarik lagi, pembeliannya boleh dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman.

Harus tahu bahawa Nissan menjadi syarikat automotif pertama yang memasarkan aksesori 4×4 hardcore seperti ini. Ia hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 300,000km.

Ironman-4x4-Nissan-NP300-Navara-mekanika (10)

Selamat melakukan aktiviti off-road!

Google ads
Back to top button