LEPAS LALU KAWAH BULAN, INI PUNCA KERETA BERBUNYI MACAM KERETA BURUK
Kalau kau orang Sabah dan kau ada kereta, kau mesti kenal ni barang-barang dalam sistem suspensi kereta.
Percayalah, jalan raya kita banyak berlubang, berombak-ombak, jadi memang komponen-komponen ni yang selalu kena dulu.
“Kereta ku ada bunyi bunyi klak-klak bila jalan atas jalan yang tak rata”,Katanya.
Kalau kau orang Sabah, bunyi tu memang biasa. Sistem suspensi kita ni memang selalu kena ‘kerja lebih’ sebab jalan sini kau faham-faham la.”
1. Ball Joint
“Kalau kau dengar bunyi bila buat selekoh atau lalu jalan beralun, biasanya tu ball joint. Dia ni sambungan fleksibel yang sambungkan roda ke badan kereta. Tapi sebab kita banyak lubang, dia cepat haus. Kalau rosak, habis goyang stereng masa memandu.”
2. Lower dan Upper “A” Arm
“Bahagian ni macam lengan kereta. Upper A Arm dan Lower A Arm sambungkan roda dan suspensi ke kerangka kereta. Setiap kali kau langgar lubang, lengan-lengan ni yang terima hentakan. Lagi banyak jalan berlubang kau lalu, lagi cepat lengan-lengan ni haus.”
3. Bushing
“Kau tahu bunyi macam tok-tok masa jalan? Kalau ada bunyi macam tu, biasanya bushing dah haus. Bushing ni macam getah pelindung yang kurangkan geseran antara besi-besi dalam suspensi. Tapi sebab jalan kita tak rata, bushing pun cepat koyak. Bila koyak, mula lah ada bunyi.”
4. Stabilizer Bar
“Stabilizer bar ni penting kalau kau suka belok laju sikit atau masa kau bawa penuh muatan. Dia ni bantu stabilkan kereta kau. Tapi, sebab jalan kita banyak liku-liku dan lubang, stabilizer ni selalu kena ganti. Kalau kau dengar bunyi berdentum masa belok, mungkin stabilizer bar atau link kit dah longgar.”
5. Shock Absorber
“Shock absorber ni memang penyelamat lah untuk jalan macam kita punya. Dia yang serap hentakan setiap kali kau langgar lubang. Tapi, shock absorber ni cepat bocor kalau selalu kena hentak kuat. Bila bocor, mula lah rasa kereta terhentak-hentak. Sebab tu penting selalu cek shock kau, terutama kalau rasa kereta asyik bergoyang.”
6. Spring
“Spring pula jaga ketinggian kereta dan stabilkan perjalanan. Bila banyak sangat hentakan, spring ni boleh lemah, dan kereta kau akan nampak macam rendah sebelah. Jalan Sabah ni memang cepat ‘makan’ spring, terutama kalau kau bawa beban berat.”
Dia angguk-angguk, macam sudah faham.
“Jadi, Kalau kau orang Sabah dan ada kereta, penting kau kenal barang-barang ni. Jalan sini memang ‘makan’ suspensi. Selalu cek, dan jangan tunggu sampai bunyi pelik baru nak periksa. Sebab bila satu dah mula rosak, yang lain pun cepat ikut.”
Artikel teknikal ini ditulis oleh Muhammad SE atau nama penuhnya Nasrul Sharudin di link asal Facebook beliau. Anda boleh lawati laman Facebook penulis asal untuk membaca dan mengikuti lebih banyak ilmu automotif yang ditulis
Beliau merupakan pemilik bengkel Novapro Auto Center yang terletak di Jalan UMS, Kota Kinabalu Sabah