Buletin

LEWIS HAMILTON RAIH PENDAPATAN PALING TINGGI PELUMBA F1. RM225 JUTA SETAHUN, MAK AI BANYAK BETUL GAJI KO!!!

Lewis Hamilton memperoleh pendapatan paling tinggi bernilai £42 juta (RM225 juta) setahun dalam satu pendedahan mengenai pendapatan keseluruhan 20 pemandu di Formula Satu (F1).

Bintang Mercedes itu yang mendahului senarai terkaya Sunday Times, memperoleh pendapatan dua kali ganda berbanding pemandu lain kecuali Sebastian Vettel.

Pemandu Jerman, Vettel yang memilih Michael Schumacher berbanding Hamilton selaku pemandu terhebat sepanjang zaman, meraih pendapatan £37 juta (RM198 juta) setahun manakala Daniel Ricciardo menduduki tangga ketiga, meraih £16 juta (RM85.7 juta) setahun.

Max Verstappen dari pasukan Red Bull yang baharu berusia 23 tahun pula merupakan antara bintang meraih pendapatan lebih daripada £10 juta (RM53.58 juta) semusim dengan £14 juta (RM75.01 juta).

Tujuh lagi pemandu termasuk Carlos Sainz dan Kimi Raikkonen meraih pendapatan lebih £1 juta (RM5.36 juta) manakala rakan sepasukan Vettel di Ferrari ketika ini, Charles LeClerc, £8 juta (RM42.86 juta).

Baki sembilan lagi pemandu meraih antara £175,000 (RM938,000) dan £900,000 (RM4.82 juta) semusim.

Gandingan Williams, George Russell dan Nicholas Latifi – bersama pemandu Alfa Romeo, Antonio Giovinazzi – menyertai kelompok pendapatan paling rendah.

Pemandu muda McLaren, Lando Norris juga termasuk dalam senarai sama dengan nilai £200,000  (RM1.07 juta). – The Sun

Google ads
Back to top button