Artikel Pilihan

PENGELUAR AUTOMOTIF KELUAR DARI PERLUMBAAN F1

Honda akan menarik diri sebagai pembekal enjin dalam perlumbaan Formula 1 selepas berakhirnya musim perlumbaan F1 2021. Honda mula kembali menyertai perlumbaan F1 bermula tahun 2015 dengan menjadi pembekal enjin kepada McLaren, RedBull Racing dan Alpha Tauri. Honda menyatakan mereka mahu fokus kepada pembangunan Fuel Cell dan bateri bagi pasaran bebas karbon.

Namun bukan Honda sahaja yang menarik diri dari kancah perlumbaan F1, banyak lagi pengeluar yang hanya mampu bertahan hanya semusim sahaja. Kami senaraikan beberapa syarikat automotif yang pernah menyertai perlumbaan F1 dan gagal.

1. Peugeot – selepas kemenangan bergaya pada tahun 1991 dan 1992 di Le Mans, Peugot mengorak langkah untuk memasuki F1 sebagai pembekal enjin kepada McLaren. Namun Peugeot gagal membuktikan enjinnya paling berkuasa dan lasak dalam perlumbaan menjadikan kerjasama McLaren dan Peugeot hanya bertahan selama setahun sahaja.

Kemudian Peugeot bekerjasama dengan pasukan Jordan selama 3 tahun dan membuktikan kekuatan enjin mereka sehingga ia mampu mencabar juara F1 pada tahun 1997. Disebabkan faktor politik, Peugeot diminta untuk bekerja sama dengan Alain Prost (Prost Peugeot Alliance) namun dalam 3 tahun pasukan itu hanya memperoleh 5 mata sahaja.

Pada penghujung musim 2000, Peugeot menarik diri terus dari perlumbaan F1. Namun enjin Peogeot masih digunakan oleh pasukan Arrows dan juga Minardi.

2. Yamaha – walaupun dikenali sebagai pasukan otai dalam MotoGP, namun Yamah juga pernah berusaha untuk menjadi pembekal enjin dalam F1 dari tahun 1988 ke 1997 melalui penajaan pasukan Brabham, Jordan, Tyrell, dab Arrows. Namun setelah 116 perlumbaan, enjin ini hanya mendapat 2 kedudukan podium.

3. Lamborghini – siapa kata Lambo tak berminat untuk menyertai perlumbaan glamour F1 anda memang silap. Lamborghini memulakan karier dalam F1 dari tahun 1989 ke 1993 namun hanya berjaya mendapat 1 kemenangan podium sahaja. Namun Lamborghini juga sempat bekerjasama dengan pasukan McLaren setelah mendapat persetujuan Senna

Lamborghini turut membekalkan enjin kepada pasukan Minardi (1992), Larousse (1993) dan cuba membekalkan enjin pada McLaren dengan rekaan V12 yang terbaru, 60Bhp lebih berkuasa dan lebih ringan. Namun McLaren risaukan komitmen Lamborghini akhirnya bersetuju untuk menggunakan enjin Peugeot pada tahun 1994. Tiada lagi penglibatan Lambo dalam F1 selepas tahun 1994

4. Jaguar – merupakan salah satu ikon kereta Sport British namun ironinya ia pernah dimiliki oleh Ford dan akhir sekali jatuh ke tangan Tata. Semasa dibawah naungan Ford, mereka mengambil pasukan Stewart dan menamakannya sebagai Jaguar pada tahun 2000. Namun pemandu F1 Jaguar hanya berjaya mendapat kedudukan 2 kali podium pada tahun 2001 dan 2002.

Walaupun pemandu baru mereka iaitu Mark Webber berjaya menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2003 dan 2004, Ford tidak lagi berminat dengan perbelanjaan yang tinggi dalam F1 dan menjual semua saham pasukan Jaguar dan dinamakan sebagai Red Bull pada tahun 2005.

5. Alfa Romeo – sejarah F1 menunjukkan Alfa merupakan pemenang pertama dalam perlumbaan F1 selepas berakhirnya perang dunia kedua iaitu pada edisi tahun 1950 dan 1951 sebelum menarik diri sepenuhnya. Mereka kembali semula pada tahun 1979 sebagai contructor dan menaruh harapan tinggi untuk berjaya.

Namun selepas 6 tahun berusaha usaha Alfa Romeo tidak membuahkan hasil. Pada tahun 1980 pemandu mereka terbunuh, pemandu kedua iaitu Mario Andretti pada tahun 1981 gagal membuahkan hasil. Malah lebih teruk lagi di French Grand Prix pasukan ini kantoi menipu dengan memasang pemadam api yang kosong dalam cesi bagi mengurangkan berat. Selepas tahun 1985 tanpa sebarang kejayaan, Alfa Romeo terus menarik diri dari F1

6. Porsche – walaupun ada sejarah yang cemerlang dalam Le Mans, namun penglibatan Porsche dalam F1 boleh dipuji juga. Porsche membekalkan enjin berkuasa turbo kepada pasukan McLaren sehingga mereka berjaya meraih juara dunia pada pertengahan tahun 1980an. Namun menjelang tahun 1991, nasib malang mula menimpa mereka

Pasukan Arrows telah dijual dan dijenamakan sebagai Footwork dan Porsche membuat perjanjian untuk membekalkan enjin kepada Footwork. Namun enjin V12 yang dibekalkan oleh Porsche adalah terlalu berat dan tak berkuasa menyebabkan jentera Footwork bertahan hanya sebanyak 6 perlumbaan sahaja pada musim 1991.

7. Subaru – Pada tahun 1989 Subaru cuba bekerjasama dengan Minardi sebagai pembekal enjin tapi usahasama tersebut menemui jalan buntu. Masih tidak putus asa, Subaru membeli 51% saham pasukan Minnow Colony dan bertindak membekalkan enjin boxer 12 silinder kepada Minnow.

Malangnya enjin boxer 12 silinder 3500cc dengan 550 kuasa kuda tersebut tidak begitu kompetitif. Musim 1990 membuktikan Subaru belum menemui rentak untuk berjaya di garisan penamat dan mereka mencadangkan enjin V12 dibuat dengan segera. Namun pengurusan Fuji Heavy Industry berpendapat mereka mesti berhenti dengan segera sebelum mengalami kerugian yang lebih besar.

8. Toyota -walaupun Toyota berusaha mengembalikan kegemilangan Toyota dalam arena perlumbaan menerusi jenama Gazoo Racing. Toyota membelanjakan 2 billion USD namun hanya mencapai 13 kedudukan podium dan 3 kedudukan pertama semasa sesi kelayakan masa. Dalam tempoh ini sebanyak 139 perlumbaan telah diadakan.

Ketika tahun 2009 dan kegawatan ekonomi global membuatkan pengurusan Toyota menghentikan terus program F1 mereka. Segala pengetahuan teknikal berkenaan F1 dicurahkan kepada projek Lexus LFA

Google ads
Back to top button