Buletin

LEXUS LANCAR SEDAN ES DAN SUV RX KE PASARAN MALAYSIA. HARGA BERMULA RM299,888

Lexus Malaysia hari ini melancarkan dua model pentingnya ke pasaran tempatan, Lexus ES dan Lexus RX.

Lexus ES Generasi ke-7, bermula RM299,888

Sebagai salah satu model teras sejak kelahiran Lexus pada tahun 1989, ES kekal menjadi model sedan mewah paling popular Lexus dengan lebih 2.3 juta unit telah terjual di seluruh dunia dalam tempoh 30 tahun.

Model generasi ketujuh ini menjadi penanda aras terbaru kepada reka bentuk yang dihasilkan Lexus. Menggunakan tema “Provocative Elegance”, ES serba baharu tampil lebih sporty dan kelihatan seperti sebuah coupe. Lebih aerodinamik, ES kini menggunakan chasis baharu.

ES didatangkan dalam dua varian iaitu ES250 Premium dan ES 250 Luxury. Anda boleh memilikinya pada harga bermula RM299,888 (Premium) dan RM322,888 bagi varian Luxury.

Di ruang kabin, ES dilengkapi ciri keselamatan yang menjadikannya antara sedan eksekutif mewah yang paling selamat dan dinamik dalam kelasnya. Keselesaan ruang dipertingkat lagi dengan dimensi 1,022 mm yang lebih luas dan senyap. Tempat duduk belakang juga diberi larasan elektrik untuk memudahkan penumpang.

Bahagian kokpit dilihat lebih berorientasikan kepada pemandu menerusi susun atur butang kawalan dan paparan papan pemuka. Perincian berkualiti tinggi pada ruang ini menjadikannya semakin mewah.

ES dipasang dengan versi terkini pakej keselamatan aktif Lexus Safety System + (LSS+).

Jentera ini digerakkan oleh unit enjin 2.5 liter empat-silinder sebaris (A25A-FKS) yang menghasilkan kuasa sebanyak 204 hp pada 6,600rpm dan tork maksimum 247Nm pada 5,000 rpm.

Enjin itu dilengkapi sistem VVT-iE (Variable Valve Timing – Intelligent by Electric Motor) yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift bersama ciri Artificial Intelligence Shift Control.

Lexus RX 2019 – 6 varian, bermula RM399,888

Dengan rekaan yang tersendiri dan lebih menonjol, Lexus RX terus menjadi antara SUV mewah popular di pasaran.

Ia bukan hanya menjadi model penting dalam barisan kenderaan Lexus, malah menyumbang dalam mempopularkan lagi segmen SUV mewah sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1998.

RX hadir dalam enam varian dan harganya adalah seperti berikut:

RX baru telah diberi rekaan baru yang lebih segar, menampilkan teknologi keselamatan terkini dan dipertingkat dengan sistem multimedia dan skrin sentuh yang boleh dihubungkan terus kepada telefon pintar.

Penampilannya cukup agresif menerusi rekaan baru pada bampar depan dan belakang. Spindle grille dan lampu utama lebih nipis bersama lampu DRL menyerlahkan lagi wajahnya yang garang.

RX dijana oleh enjin empat selinder 2.0L twin-scroll turbo berkuasa 235hp dan tork puncak 350Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan automatik bersama ciri Artificial Intelligence Shift Control.

Ruang kokpit memberi tumpuan kepada pemandu. Ia diperkemas dengan sistem multimedia skrin sentuh bersama ciri Android Auto dan Apple CarPlay.

Naik taraf lain termasuklah paddle shifter, pemegang telefon pintar di konsol tengah serta dua slot USB di depan dan belakang. Untuk lebih kemudahan kepada penumpang, pengecas tanpa wayar turut disediakan.

Dari segi keselamatan, RX dilengkapi ciri Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS) jenis BladeScan ™ yang pertama di dunia.

Ia mampu menghasilkan pencahayaan lebih luas untuk membolehkan pemandu kekal dengan mod lampu tinggi tanpa menyilaukan mata pemandu yang datang dari arah bertentangan. Selain itu, RX juga dilengkapi pakej keselamatan Lexus Safety System + (LSS+).

Lexus ES dan RX dijangka dapat menyumbang kepada angka jualan yang lebih positif kepada Lexys di Malaysia. Kedua-dua model itu juga didatangkan dengan jaminan lima-tahun, tanpa had perbatuan.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button