Buletin

SELAIN BMW XM, KERETA APA BERADA DALAM SENARAI REKA BENTUK YANG BURUK?

Reka bentuk luaran kereta selalunya akan menjadi tarikan utama pelanggan. Ia menjadi langkah pertama sebelum pelanggan melihat spesifikasi lain. Contoh lain, kebiasaannya di jalan raya, kita selalu tertarik dengan reka bentuk kereta. Sama ada ia kelihatan elegan atau sporty.

Namun, tidak semua reka bentuk kereta itu menarik. Adakalanya ia kelihatan lucu sebelum kita mengatakan ia adalah rekaan yang hodoh.

Sebagai contoh, barisan Mercedes EQ baharu kelihatan tidak begitu menarik bagi sesetengah orang. Untuk itu, kita perlu mencari kereta yang berkemungkinan besar mempunyai gayaan berlebihan.

Lexus LM pernah mendapat kritikan kerana reka bentuk luarannya kelihatan sangat aneh dan Lexus tidak melakukan apa-apa naik taraf kepada jenama tersebut. Menurut pereka automotif, Sasha Selipanov, “Kereta yang tidak mempunyai misi begitu jelas adalah sangat sukar untuk direka bentuk.”

Salah satu kenderaan yang tidak disukai dan mendapat kritikan orang ramai adalah BMW M2. Dalam satu soal selidik untuk coupe paling cantik dengan harga AS$100,000 (RM474,400) atau kurang, M2 tidak berada di dalam senarai tersebut. Ramai mengatakan ia kelihatan tidak menarik dari segi reka bentuk.

Antara kereta yang ada dalam senarai reka bentuk hodoh ialah Kia Soul, Hyundai Venue, Hyundai Santa Cruz, Nissan Kicks, Mercedes GLC Coupe, BMW X4, Mercedes GLE Coupe, BMW X6, Toyota C-HR, Toyota Prius dan terbaru, BMW XM.

Tentunya, pelanggan tidak akan menghabiskan wang untuk sebuah kereta yang mempunyai reka bentuk tidak menarik. Dengan adanya senarai di atas, pelanggan kini boleh membuang nama model di atas dari senarai pembelian.

Google ads
Back to top button