Artikel Pilihan

LORI DIESEL BERUMUR 13 TAHUN KE ATAS DIHARAMKAN DIPANDU DAN DIDAFTAR DI CALIFRONIA.

Jika anda memiliki atau memandu lori kontena yang dignakan untuk tujuan komersial dan pengangkutan, anda akan menghadapi masalah besar sekarang kerana Wilayah California akan menghalang anda daripada memandu lori anda mulai 1 Januari 2023 berdasarkan undang-undang pencemaran alam tahun 2008.

Pada tahun 2008, California Air Resources Board (CARB) meluluskan satu undang-undangbagi mengalang pencemaran asap daripada lori, trak dan bas lama yang masih digunakan di California. Undang undang ini dikemaskini pada tahun 2014 yang menyatakan lori diesel yang dihasilkan pada tahun 2006 dan sebelumnya tidak lagi dibenarkan untuk dipandu di California

Dengan isu pemanasan global yang meruncing, undang-undang ini dikemaskini sekali lagi dimana lori yang dihasilkan pada tahun 2010 dan ke atas pula tidak dibenarkan dipandu dan memasuki California. Pakar pengangkutan menjangkakan sekitar 200,000 bas dan 70,000 lori akan terkesan dengan peraturan baru ini

Namun peraturan ini tidaklah kejam sangat dan masih memberi peluang kepada pemilik lori untuk mematuhi peraturan dengan membenarkan mereka memasang particulate filter yang akan memastikan pelepasan asap adalah mengikut standard pencemaran udara California

Namun kebenaran ini hanya terpakai pada kenderaan yang dipandu kurang 1600km dalam masa setahun menunjukkan ia hanya terpakai bagi kenderaan yang disimpan sebagai koleksi dan hobi semata-mata. California Air Resources Board (CARB) menyatakan setakat ini 1.5 juta lori dan bas telah mematuhi peraturan baru ini

Melalui peraturan baru ini pihak berkuasa California akan menolak permohonan pendaftaran baru lori yang dibuat pada tahun 2010 dan ke bawah, pembaharuan lesen, dan pertukaran hak milik bagi lori dan bas berenjin diesel dengan berat kasar 6000-12,000kg

California Air Resources Board (CARB) akan menjalankan pemeriksaan mengejut di California bagi memastikan undang-undang ini dipatuhi. Pemandu yang ingkar akan disaman dan lesen memandu mereka akan digantung. Undang-undang ini adalah selaras dengan matalamat mengharamkan terus enjin diesel menjelang tahun 2035

Google ads
Back to top button