
MERCEDES BERI BONUS €7,300 KEPADA SEMUA PEKERJA – INI BARU UNTUNG SAMA DIRASA
Sejak tahun 1997, Mercedes telah memulakan skim perkongsian keuntungan dengan semua pekerjanya. Pada tahun 2022, hampir 100,000 pekerja mereka menerima bonus €6,000 seorang sebagai penghargaan selepas mencatatkan keuntungan pada tahun 2021.

Kini selepas mencapai keuntungan yang agak besar tahun lepas, jenama terkenal dari Jerman ini sekali lagi berkongsi kegembiraan dan keuntungan dengan semua pekerja mereka dengan pemberian bonus sebanyak €7,300 (bersamaan dengan RM34,029.33)!. Ya, bonus hampir RM35,000 seorang tuan-tuan. Inilah namanya untung sama dirasa dan bukannya bos bolot semua.
Hampir 93,000 perkerja Mercedes di Jerman akan menerima durian runtuh ini bersekali dengan gaji bulan April nanti. Berapa kali bayar? Mana ada kali-kali. Ini bayaran lump sum ataupun seketul terus. Fuh beraya sakan la korang ye?

Malas bonus ini sebenarnya lebih tinggi daripada pendapatan per kapita di sana. Rezeki betul la kan? Kita kat sini tak tau la macam mana nasib dengan ekonomi yang semakin tidak menentu. Pakar ekonomi kata okey tapi beli sayur dua tiga jenis pun dah dekat RM10.
Bermula tahun kewangan 2023, sistem baharu akan diperkenalkan untuk mengira bonus perkongsian keuntungan ni dan Mercedes menyatakan sistem baharu ini akan diselaraskan dengan sistem sedia ada untuk memudahkan pengurusan.
Bagus sebenarnya sistem kongsi untung ni. Ye lah pekerja mana yang tak akan bersemangat bila tahu ada bonus yang lumayan menanti hasil kerja keras mereka selama ini. Cuma dengan syarat, semua kena kerja keras la. Kalau asyik curi tulang macam mana syarikat nak maju.






