Buletin

LOTUS HENTI PENGELUARAN ELISE, EXIGE DAN EVORA

Pembikin kenderaan, Lotus menamatkan pengeluaran model Elise, Exige dan Evora sekali gus memberi petanda penghujung era syarikat terbabit.

Ia berikutan model-model itu telah menentukan kewujudan syarikat itu selama beberapa dekad.

Model Elise dilancarkan pada tahun 1996 diikuti Exige empat tahun kemudian manakala Evora pula diperkenalkan sejak 2009.

Pengeluaran terakhir model-model terbabit merupakan Elise Sport 240 Final Edition berwarna kuning unit ke-35,124, Exige 430 Final Edition berwarna hijau (unit ke-10,497) manakala Evora GT430 Sport berwarna kelabu (unit ke-6.117).   

Sepanjang 26 tahun lalu, syarikat itu membina sejumlah 51,738 unit Elise, Exige dan Evora.

Ia bermakna pengeluaran tersebut mewakili hampir separuh daripada jumlah pengeluaran Lotus dalam sejarah 73 tahun syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, jumlah pengeluaran lebih tinggi apabila Lotus membangunkan sebanyak 9,715 unit jentera sport tambahan untuk pelanggan pihak ketiga seperti Tesla dan General Motors.

Model-model termasuk Tesla Roadster, Opel/Daewoo Speedster dan Vauxhall VX200.

Dengan pengeluaran sudah siap, barisan pemasangan akan dimansuhkan dan diganti dengan “fasiliti terkini” untuk menyokong pengeluaran Emira.

Model dijadualkan bakal memasuki pasaran pada musim bunga akan datang itu dijangka akan dibina sebanyak 5,000 unit setiap tahun. –carscoops

Google ads
Back to top button