Artikel Pilihan

BUNYI MELETUP DARI EKZOS HYUNDAI i30N. EKZOS BOCOR KE?

Hyundai i30N adalah usaha Hyundai bagi membuktikan mereka boleh menghasilkan sebuah model kompak panas (aka hot hatch) sama seperti Honda Civic Type R. Ia merupakan hasil tangan Albert Bierman iaitu bekas orang kuat BMW M Division. Mungkin pengarah filem sekuel Fast and Furious perlu menarik balik kutukan beliau pada model Hyundai dan memasukkan i30N sebagai salah satu bintang dalam filem.

i30N akan dikuasakan dengan enjin 4 silinder 2000cc dengan bantuan sistem turbo. Dalam versi N Performance enjin ini berupaya menghasilkan 275 kuasa kuda dan tork maksima 353Nm. Saiz diameter silinder dan lejang silinder adalam sama iaitu 86mm. Ia boleh dikategorikan sebagai enjin square engine sama dengan Toyota GT 86. Nisbah mampatan enjin ditetapkan pada 9.5.

Sistem kawalan injap pula menggunakan mekanisme DOHC dengan bantuan E-CVVT. Ia merupakan sistem pemasaan injap yang akan mengawal bukaan injap (lebih awal atau lambat) bergantung pada keadaan pemanduan dengan bantuan motor elektrik. Sistem konvensional bergantung pada tekanan minyak hidraulik, namun pada enjin ini proses pemasaan akan bergantung pada bantuan motor elektrik.

Kalau dah pasang turbo, masalah biasa ialah dengan fenomena turbolag. Tekan tekan pedal minyak, satu saat baru enjin respon tue perkara biasa. Namun Hyundai ada cara tersendiri bagi memastikan enjin Theta 2.0 ini meminimakan masalah turbolag dengan cara yang sedikit bergaya. Gunakan saja enjin, lambatkan masa pencucuhan enjin, dan enjin akan menghasilkan gas ekzos yang cukup. Sebagai bonus ia datang dengan bunyi ala-ala missfiring system dalam kereta rali.

Menurut Albert Bierman yang mengetuai pasukan pembangunan kenderaan prestasi tinggi Hyundai, sebaik sahaja pemandu mengaktifkan mode pemanduan N sistem ini akan diaktifkan bagi membantu turbin terus berputar laju walaupun pemandu sudah melepaskan pedal minyak.

Apabila pemandu berada pada situasi pemanduan RPM tinggi dengan kuasa enjin diperah pada tahap maksima, sebaik sahaja pemandu melepaskan pedal minyak, pemandu akan mendengar sistem ini akan diaktifkan dengan bunyi meletup seperti mercun dari ekzos.

Dalam keadaan pemanduan biasa, palam pencucuh akan dinyalakan pada keadaan piston menghampiri titik tengah silinder dari bawah. Pembakaran akan berlaku dan bebola api yang wujud akan menolak piston ke bawah bagi menjana tenaga mekanikal. Gas ekzos akan dikeluarkan melalui injap ekzos dan seterusnya ke turbin.

Katakanlah dalam halaju tinggi dan RPM yang tinggi, sebaik sahaja pemandu melepaskan pedal minyak untuk membrek ataupun menekan klac untuk menukar gear, sistem ini akan mengesan situasi di atas dengan menggunakan sensor. Hasilnya ia akan melambatkan nyalaan palam pencucuh sehinggalah piston mulai turun ke bawah (delayed ignition).

Apabila pencucuhan dilakukan selepas piston mulai bergerak ke bawah, injap ekzos akan mulai dibuka. Jadi campuran udara dan petrol yang dibakar akan dibebaskan serta merta ke manifold ekzos dan hanya sedikit sahaja yang digunakan untuk menjana kuasa. Gas tekanan tinggi yang dibebaskan semasa pembakaran masih berlaku kan menghasilkan bunyi.

Mazda CX30

Ya bunyi pop pop pop seperti mercun semasa ia keluar dari kebuk pembakaran dan menuju ke turbin pada tekanan tinggi. Dengan gas ekzos tekanan tinggi ini, ia mampu membuatkan turbin kekal berputar pada halaju tinggi, mengekalkan momentum dan bersedia untuk digunakan bagi menghasilkan tekanan yang cukup.

Sekiranya sistem ini tidak digunakan, sebaik sahaja pemandu melepaskan pedal minyak, ECU akan menghentikan bekalan petrol pada enjin. Enjin akan menghentikan pembakaran serta tiada gas ekzos dihasilkan. Putaran turbin akan menjadi perlahan. Jadi apabila pemandu menekan pedal minyak, turbo memerlukan sedikit masa untuk berputar balik bagi menghasilkan tekanan yang cukup.

Jadi mudah sahaja penyelesaian sistem turbo antilag milik Hyundai. Gunakan sahaja sistem E-CVVT, lambatkan masa pencucuhan dan hasilkan tekanan tinggi berserta bunyi yang meletup letup dalam ekzos. Sedap wei…

Tags
Google ads
Back to top button