MAJIKAN HADIAHKAN 4,116 UNIT KENDERAAN BERNILAI RM307 JUTA PADA PEKERJA. INI SANGAT LUAR BIASA!!!
Jiangxi West Dajiu Iron & Steel Corporation membelanjakan AS$74 juta (RM 307 juta) membeli 4,116 unit kenderaan baharu untuk dihadiahkan kepada para pekerja.
Menurut laporan media tempatan, ia merupakan ganjaran kepada para pekerja yang menjadi sebahagian kejayaan dan kecemerlangan dicatatkan syarikat dalam tempoh lima tahun lalu.
Penyampaian ganjaran berkenaan dilakukan secara berperingkat dan terbaharu adalah pada 1 Oktober lalu.
Para pekerja dikumpulkan di padang besar terlebih dahulu sebelum kenderaan diserahkan kepada mereka.
Laporan itu menambah ganjaran dan bonus tersebut merangkumi 2,933 kenderaan Jiangling Ford Territory dan 1,183 FAW-Volkswagen Magotan.
Bukan itu sahaja, yuran pendaftaran, cukai kenderaan dan insurans selama lima tahun turut dibayar oleh para majikan. – autoevolution.