Artikel Pilihan

MANA LAGI HEBAT ANTARA TOYOTA GR86 BAHARU DAN HONDA S2000?

Honda S2000 mungkin antara model paling setanding dengan Toyota GR86. Siapa sangka yang model Honda berusia lebih sedekad ini sebenarnya mempunyai keupayaan untuk menewaskan sebuah kereta sports moden. Cara untuk mengetahui siapa lagi hebat tentunya dengan perlumbaan drag seperti dalam video di bawah.

Okey kedua kereta ini sebenarnya buka direka untuk mengatasi batasan teknologi dan kelajuan seperti Nissan GT-R contohnya. Keduanya direka untuk keseronokan pemanduan dan perlumbaan ini merupakan satu dari contoh yang sesuai.

Keduanya juga direka menggunakan formula yang serupa. Kereta kecil, enjin kecil dan sisten pacuan belakang. Macam pernah dengar kan? Alah macam Miata Abang Japar la.

Di atas kertas semasa baharu, Honda S2000 menggunakan enjin 2.0 liter sebaris empat yang mampu menghasilkan 237 hp kuasa maksima. Sekarang ia sudah berusia dan mungkin telah kehilangan beberapa ekor kuda akibat proses penuaan. Perbatuan dah mencecah 74,000 kilometer.

Toyota GR86 pula masih baharu dan mempunyai kuasa maksima 233 hp yang dihasilkan dari enjin 2.4 liter empat selinder boxer. Kuasanya mungkin sedikit kurang berbanding S2000 tetapi berat keduanya hampir sama sekitar 1,250 kilogram.

Secara ringkasnya, S2000 mempunyai kuasa yang lebih dan GR86 mempunyai tork yang lebih tinggi. Memang sesuai sangatlah kalau nak buar perlumbaan drag.

Jadi siapa memang antara kedua model idaman kami ni? Korang tengok sendirilah video di bawah tapi serius la dari dulu memang kami minta Honda S2000 ni. RM50 bawah meja S2000 menang di penghujung video ada berani?

Kredit kepada Cars.co.za untuk video drag ni.

Google ads
Back to top button