Buletin

MANGSA KEMALANGAN MOTOSIKAL DISAHKAN MATI, HIDUP SEMULA BEBERAPA SAAT SEBELUM BEDAH SIASAT

Seorang mangsa kemalangan jalan raya yang disahkan meninggal dunia oleh doktor sedarkan diri beberapa saat sebelum proses bedah siasat.

Shankar Shanmikh Gombi yang berusia 27, mengalami kecederaan serius di bahagian kepada selepas terlibat kemalangan motosikal di Mahalingapur, India pada 27 Feruari lalu.

Mangsa dimasukkan ke hospital swasta di Belgavi dan para doktor memaklumkan bahawa tiada apa yang dapat dilakukan malah mematikan sistem sokongan nyawanya.

Menurut Times of India, salah seorang ahli keluarga berkata pihak hospital memaklumkan kepada mereka, Shankar telah meninggal dunia.

“Kami membawa Shankar menggunakan ambulans ke hospital kerajaan di Mahalingapur.

 “Pekerja hospital kerajaan memberitahu dia telah mati dan menghantar mayat untuk bedah siasat.

“Bagaimanapun, salah seorang pegawai kanan di bilik post-mortem yang sedang melakukan persiapan bedah siasat terlihat terdapat pergerakan dan mendapati dia masih hidup,” katanya.

Kejadian berlaku selepas sehari jasad Shankar dipindahkan ke hospital kerajaan di Mahalingapur untuk menjalani bedah siasat.

Dalam pada itu, Dr. SS Galgali memberitahu News Minute dia memerhatikan ‘badan’ Shankar dan mendapati lengan dan kaki mangsa menggeletar sekali gus menyedari dia masih hidup.

Dia menegaskan para doktor di hospital swasta telah melakukan ‘penilaian yang buruk’ apabila mematikan ventilator dan mengesahkan dia meninggal dunia.

Keluarga mangsa masih belum membuat aduan secara rasmi terhadap hospital swasta terbabit. – Daily Star

Google ads
Back to top button