Buletin

HONDA CITY HATCHBACK RS GEGAR PASARAN INDONESIA. TAMPAK SPORTY DAN PREMIUM

PT Honda Prospect Motor melancarkan secara rasmi Honda City Hatchback RS di pasaran Indonesia.

Jentera terbaharu itu menampilkan rekaan sporty dan mendapat khidmat enjin yang berkuasa dalam kelasnya.

City Hatchback RS didatangkan enjin 1.5 liter empat silinder i-VTEC DOHC yang mampu menjana kuasa 121 PS dan tork 145 Nm. Ia dipadankan pilihan transmisi manual enam kelajuan atau CVT.

Dari segi rekaan luaran, ia dilengkapi aerokit eksklusif RS pada bahagian bampar, lower mesh gril di bampar hadapan dan  fog garnish yang menyerlahkan lagi sisi sporty jentera terbaharu itu.

Selain itu, City Hatchback RS mendapat sentuhan rekaan lampu terkini dengan LED penuh, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED dan kombinasi lampu belakang dengan bar lampu LED.

Pada bahagian sisi pula, terdapat perumah cermin sisi di bahagian pintu, antena sirip jerung dan rim aloi bersaiz 16 inci berwarna hitam.

Memasuki ruang kabin, kemasan dibangunkan untuk memberi ‘suasana’ lebih sporty dan selesa melalui kluster meter dengan aksen berwarna merah.

Bahagian depan kabin terletak kemas skrin sentuh bersaiz 8 inci dengan sambungan peranti pintar, lapan unit pembesar suara, sistem penghawa dingin automatik, tombol gear menarik dan tempat duduk dibaluti lapisan kulit dengan jahitan berwarna merah.

Dalam pada itu, ia menerapkan fungsi ULTRA Seat menawarkan empat mod berbeza pada kedudukan tempat duduk penumpang iaitu Utility Mode, Tall Mode, Refresh Mode dan Long Mode untuk memberi keselesaan.

Ciri-ciri canggih lain termasuk Remote Engine Start, One Push Ignition System, Cruise Control, Audio Steering Switch dan Hands-free Telephone (HFT) Switch dengan Voice Recognition.

Dari segi keselamatan, jentera baharu itu dilengkapi ABS, EBD, BA, Brake Override System, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki, enam beg udara, Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan dan Alat Pemadam Api Ringan.

Honda City Hatchback RS ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu oren (Phoenix Orange Pearl), merah (Rallye Red), hitam (Crystal Black Pearl), perak (Lunar Silver Metallic), putih (Platinum White Pearl) dan kelabu (Meteoroid Gray Metallic).

Begitupun, harga bagi model terbaharu tersebut masih belum didedahkan dan ia kemungkinan dijual pada penghujung Mac atau April ini. – Otosia/Honda Indonesia

Google ads
Back to top button