" "
Buletin

MASALAH PAM BAHAN API. TOYOTA PANGGIL SEMULA 3,923 UNIT AVANZA, DIKILANGKAN MULAI OKT 2017 HINGGA JUN 2019

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan panggilan semula model Toyota Avanza untuk menukar pam bahan api. Ia merupakan lanjutan kepada kempen sama yang pernah dijalankan sebelum ini. 

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima daripada Toyota Motor Corporation (TMC), terdapat 3,923 unit Avanza yang dikilangkan dari Oktober 2017 hingga Jun 2019 dan diedarkan oleh UMW Toyota Motor terlibat dalam kempen ini. 

Model-model lain bagaimanapun tidak terlibat. 

Avanza tersebut dipasang dengan pam bahan api yang mungkin tidak berfungsi.

Jika keadaan ini berlaku, lampu amaran dan mesej akan dipaparkan pada panel instrumen, kuasa enjin juga boleh terjejas. Ini boleh menyebabkan enjin mati dan gagal dihidupkan semula.   

UMW Toyota Motor akan memaklumkan semua pemilik kenderaan yang terjejas untuk menukar pam bahan api tersebut secara percuma. Maklumat lanjut, anda boleh menghubungi mana-mana pusat servis sah Toyota atau hubungi talian 1800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button