
PEMANDU TOYOTA CHASER MATI BEKU. GUNA JALAN PINTAS, TERSESAT. SUHU CECAH -50 CELSIUS!!!
Seorang remaja lelaki di Rusia mati kesejukan selepas kereta dipandunya tersesat dan memasuki kawasan dengan suhu yang terlalu dingin mencecah -50 celsius.
Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku selepas mangsa, Sergey Ustinov, 18, memandu berpandukan Google Maps yang memberinya petunjuk jalan pintas melalui wilayah paling sejuk di dunia.
Sergey tidak berseorangan sebaliknya ditemani rakan, Vladislav Istomin yang juga berusia 18 tahun.
Difahamkan, mereka berdua tersesat selepas aplikasi itu memberi petunjuk untuk mengubah haluan.

Nasib tidak menyebelahi mereka apabila kereta dinaiki mengalami masalah radiator selepas terkena kayu dalam timbunan salji.
Mereka tidak bersedia kerana situasi berlaku di luar jangkaan sehingga mengalami keradangan kesejukan (frostbite).
Akibatnya, kedua-duanya mengalami keradangan akibat kesejukan, namun Surgey tidak dapat bertahan apabila meninggal dunia.
Menurut laporan media tempatan, mayatnya ditemui dalam keadaan beku di dalam kereta model Toyata Chaser.
Begitupun, rakannya, Vladislav terselamat namun mengalami hipotermia akut iaitu keradangan kerana terdedah dengan cuaca sejuk pada bahagian tangan dan kaki. – agensi