
TAK CUKUP KAPAL, PEMBELI KERETA BAHARU AUSTRALIA PERLU TUNGGU LEBIH LAMA
Pembeli kereta baharu Australia kini kecewa kerana terpaksa berhadapan dengan masalah kelewatan penghantaran kereta mereka.
Jadual penghantaran yang terlalu padat menjejaskan ketibaan kereta setelah ditangguhkan oleh maslah kekurangan semikonduktor dan gangguan bekalan alat ganti global.
Kejatuhan nilai dolar Australia juga memberi kesan kepada kos penghantaran kerana bil pengangkutan biasanya dibayar dalam dolar Amerika Syarikat, selain kenaikan harga bahan api serta kekurangan kontena gergasi.

Menurut seorang eksekutif di salah satu pengimport kenderaan utama Australia, dia percaya kadar penghantaran kereta baharu akan bertambah baik pada separuh pertama tahun depan. Namun mengakui syarikat masih bergelut untuk mendapatkan kapal penghantaran.
Eksekutif itu berkata bilangan kapal yang beroperasi di laluan penghantaran ke Australia kembali ke tahap pra-COVID, tetapi kos tempat letak kereta di atas kapal melonjak secara mendadak.
Lebih malang lagi untuk kenderaan komersial dan SUV kerana ia memakan lebih banyak ruang, bermakna akan menelan kos dua kali ganda. Selain itu, pengimport menghadapi kesan daripada ‘yuran pelarasan bunker ‘ digunakan untuk kos bahan api kapal yang melonjak naik.
Selain kereta, kos penghantaran alat ganti juga meningkat secara mendadak dan terdapat kelewatan masa penghantaran dari beberapa syarikat di Eropah.
Namun, keadaan diramal akan kembali normal pada awal tahun depan. Berita itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada semua pengimport dan pembeli kereta baharu.
- BACA: TIADA BEKALAN SEMIKONDUKTOR, AUDI BERHENTIKAN SEMENTARA 10,000 PEKERJA
- BACA: HONDA UMUM PENGELUARAN DOMESTIK TERJEJAS. BEKALAN SEMIKONDUKTOR KURANG
- BACA: MASALAH BERTERUSAN, HONDA KURANGKAN PENGELUARAN SEHINGGA 40% BERMULA SEPTEMBER
- BACA: PENDAFTARAN MODEL PERODUA NAIK 42% PADA OGOS. BEZZA PALING LARIS DENGAN 6,808 UNIT









