Buletin

MASALAH BERTERUSAN, HONDA KURANGKAN PENGELUARAN SEHINGGA 40% BERMULA SEPTEMBER

Masalah yang tidak menentu memaksa Honda untuk mengurangkan pengeluarannya sehingga 40 peratus di kilang mereka di Jepun mulai September.

Antara masalah itu melibatkan beberapa aspek logistik dan gangguan rantaian bekalan akibat pandemik COVID-19 selain kekurangan cip semi konduktor.

Kilang Honda di Saitama akan mengurangkan pengeluaran 40 peratus. Manakala kilang Suzuka pula mengurangkan pengeluaran sebanyak 30 peratus untuk tempoh yang sama.

Walau bagaimanapun, Honda masih optimis dengan pengeluarannya di Amerika Utara yang dapat berjalan dengan lancar. Ini berdasarkan kepada faktor hanya beberapa barisan pengeluaran ada di kilang Jepun.

Pengurangan pengeluaran Honda timbul ketika pembuat kereta Jepun lain cuba menangani isu kekurangan cip dengan berhati-hati. Toyota misalnya, memberitahu ia masih berada dalam sasaran untuk meningkatkan jualan dan pengeluaran sehingga tahun kewangan semasa berakhir.

Toyota mensasarkan untuk menghasilkan 9.7 unit juta kenderaan di seluruh dunia bagi tahun kewangan berakhir pada Mac 2023 dengan 850,000 daripadanya dihasilkan pada September.

Google ads
Back to top button