Buletin

MASALAH SUIS PENGHIDUP DAN BRAKET TANGKI, YAMAHA R25 AKAN DIPANGGIL SEMULA

Sehari selepas Yamaha Jepun (Yamaha Motor Co. Ltd) membuat pengumuman rasmi panggilan semula R25, Hong Leong Yamaha Sdn. Bhd (HLYM), membuat pemberitahuan awal kepada pemilik R25 tempatan.

Ini adalah kenyataan kedua yang dibuat oleh HLYM terhadap model yang sama. Pada tahun lepas, R25 dipanggil secara rasmi untuk pemeriksaan penggerak utama pam pelincir serta bebola galas pada unit klac kotak gear.

Kali ini, Yamaha R25 di Jepun dikesan menghadapi masalah suis penghidup (ignition switch) dan braket tangki minyak. Setelah mengenalpasti kumpulan pengeluaran yang terlibat panggilan segera telah dibuat.

HLYM sedang mengumpul maklumat dari Jepun sebelum melancarkan panggilan semula secara rasmi. Para pemilik dinasihat supaya mendapat maklumat terkini menerusi laman web Yamaha Malaysia dan juga Pengedar Bertauliah Yamaha yang dilantik.

Buat sementara waktu, HLYM menasihatkan pemilik supaya mengikut jadual servis seperti biasa.

BACA: YAMAHA R25 DIPANGGIL SEMULA

BACA: GAMBARAN R25 AKAN DATANG

Google ads
Back to top button