Motosikal

GAMBARAN YAMAHA R25 AKAN DATANG – 2017

Baiklah. Kita semua kena akui yang Honda CBR250RR telah menetapkan standard baru bagi motosikal sportbike suku liter di pasaran. Semenjak diperkanalkan kepada dunia di Indonesia pada Jun lalu, ia menjadi buah mulut insdustri yang menyebabkan motosikal lain nampak sangat ketinggalan zaman.

BACA – HONDA CBR250RR BAKAL MASUK MALAYSIA?

BACA – TUNGGANG UJI YAMAHA R25

r25-rendering-1

Ciri-ciri seperti riding mode, ride by wire, fork hadapan jenis inverted USD, lampu jenis LED, ekzos peredam berkembar dan kuasa tertinggi dalam kategorinya telah menyebabkan pesaing terdekatnya susah hati. Siapa lagi kalau bukan Demak. Eh, salah, Yamaha R25/R3.

Yamaha tiada pilihan lain. Mereka perlu memperbaharui R25 sedia ada supaya tidak nampak kuno sangat. Apatah lagi, Suzuki GSX-R250 pun dah diperkenalkan. BMW G310 walaupun datang dengan badan street naked dan adventur, lambat laun, TVS Akula akan sampai juga dengan wajah sportbike.

r25-rendering-2

Ini adalah gambaran ilusi yang cuba ditejemahkan oleh peminat 2 roda dari negara jiran kita Indonesia dan blog aroelmoto.com. Ya. Di sana, pasaran 250cc merupakan hierarki teratas dan paling tinggi permintaannya bagi kategori sportbike.

Ramai yang mengharapkan pembaharuan menyeluruh pada R25 dan imej rendering ini telah membayangkan bahawa model akan datang nanti dilahirkan dari apresiasi barisan baru M1. Kalau tengok pada model R1, R1M dan R6 terbaru, tak mustahil, rupanya akan jadi begini.

r25-rendering-1

Lampu hadapan tak lagi duduk sebagai unit dalam perumah utama. Sisipan projektor atau LED sudah pasti adalah rekaan terbaik. Fairing sisi juga diberi 2 pilihan. Inverted fork? Sudah tentu, tak kan nak kalah dengan Benelli kot.

Sektor mekanikal dan elektronik R25 juga perlu ditambah baik. Riding mode? Mungkin. ABS dan kawalan traksi? Ya. Boleh juga. Apapun, Yamaha perlu melakukan tingkat taraf rangkaian R25 mereka untuk kekal relevan.

Janganlah, hHujung-hujung nanti dia tukar tema warna dengan sticker je. Haih!

sumber

arealmoto.com

Google ads
Back to top button