Buletin

MASALAH TALI PINGGANG KELEDAR.VOLVO RECALL 2.18 JUTA KENDERAAN SELURUH DUNIA

Pengeluar kereta Volvo sentiasa menjaga kepentingan keselamatan pengguna. Justeru, tidak mengejutkan apabila jenama dari Sweden ini mengumumkan had laju bagi kenderaan baharu mereka pada 112 mph sahaja.

Terbaharu, menurut laporan Automotive News Europe, Volvo akan recall kira-kira 2.18 juta kenderaannya di seluruh dunia.

Ia berikutan terdapat masalah kabel keluli tali pinggang keledar hadapan sekali gus mengakibatkan ia tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Ini merupakan recall terbesar yang pernah dilakukan dalam sejarah 93 tahun pengeluar Volvo.

Antara model yang terlibat ialah generasi pertama XC60, yang merupakan model terlaris pengeluar Sweden itu pada masa kini.

Selain itu, model-model lain termasuk S60, S60L, S60 CC, V60, V70, XC70, S80 dan S80L yang dibikin pada tahun 2006 hingga 2019.

Ia akan melibatkan sebanyak 412,000 unit di Sweden, Amerika Syarikat (308,000 unit), China (245,000 unit), Jerman 178,000 unit) dan Britain (169,000 unit).

Para pemilik kereta yang terjejas akan diminta membawa kenderaan milik mereka ke pengedar terdekat bagi menggantikan kabel keluli tersebut dengan pendakap tetap.

Komponen asal dan juga gantian berkenaan kedua-duanya dihasilkan oleh pembekal komponen automotif dari Sweden iaitu Autoliv.

Setakat ini, Volvo memaklumkan masih lagi belum ada kemalangan atau kecederaan dilaporkan disebabkan komponen yang terjejas ini. -carscoops

Google ads
Back to top button