
MAX BIAGGI, VOXAN WATTMAN PECAH REKOD MOTOSIKAL ELEKTRIK TERPANTAS. CATAT KELAJUAN 408KM/J!!!
Bekas pelumba MotoGP, Max Biaggi dan pasukan motosikal streamliner elektrik, Voxan memecah rekod motosikal elektrik terpantas dengan catatan masa 408 km/j di landasan lapangan terbang Chateauroux, Perancis.
Secara keseluruhan, Biaggi yang mengemudi jentera Voxan Wattman melakar 11 rekod kelajuan dunia, dengan kelajuan tertinggi mencecah sehingga 408km/j.
Ia dilakukan pada 30, 31 Oktober dan 1 November yang lalu bertempat di landasan lapangan Chateauroux, Perancis menggunakan motosikal elektrik Voxan Wattman.

Trenkuasa yang digunakan pada motosikal elektrik ini didtangkan dari sumber kuasa motor elektrik dan sistem kawalan daripada jentera lumba Formula E Mercedes-Benz.
“Ketika Gildo Pastor, Presiden Venturi Group memaklumkan pada saya tentang projek ini, lahir perasaan ingin tahu, sangat bermotivasi dan pada masa tidak pasti,” kata Max Biaggi.

“Namun setelah pertemuan pertama kami, saya sedar pasukan ini mempunyai semangat dan tekad yang luar biasa.
“Rekod-rekod ini membuatkkan saya sangat gembira! Saya bangga dengan pasukan dan berbesar hati membawa pulang gelaran ini ke Monaco,” ujarnya. – visordown
- BACA: MAX BIAGGI DALAM SENARAI PENDEK APRILIA UNTUK SESI UJIAN MOTOGP
- BACA: 5 PILIHAN MOTOSIKAL YANG PALING HAMPIR DENGAN JENTERA MOTOGP YANG BOLEH ANDA MILIKI – ASAL ADA KEMAMPUAN
- BACA: LEWIS HAMILTON-KEJANG OTOT,CATAT KEMENANGAN KE-92, PECAH REKOD SCHUMACHER!!!
- BACA: HONDA, YAMAHA, KAWASAKI & SUZUKI BEKERJASAMA HASILKAN SISTEM PENUKARAN BATERI UNTUK MOTOSIKAL ELEKTRIK