;
Buletin

MAZDA BAKAL LANCAR SUV BAHARU DI GENEVA MOTOR SHOW 2019. CX-4 ATAU CX-7?

Ketika kebanyakan pengeluar kenderaan utama di dunia seperti Ford, Jadur Land Rover dan Hyundai mengambil keputusan untuk tidak menyerta acara Geneva Motor Show 2019, Mazda mengumumkan bahawa ia dilihat bakal memperkenalkan SUV baharunya di sana. 

Berita ini dikuatkan lagi dengan pendedahan sekeping gambar teaser. Memandangkan Mazda langsung tidak membuka mulut, timbul spekulasi tentang apakah model sebenarnya. Ada yang menyatakan bahawa ia merupakan Mazda CX-4, model pertengahan di antara CX-3 dan CX-5. 

Buat masa sekarang, nama CX-4 telah digunakan untuk model di pasaran China sahaja. 

Ada juga mengandaikannya sebagai  CX-7, model yang telah dihentikan produksinya pada tahun 2012 dan digantikan oleh CX-5. Kelahiran semula CX-7 dilihat masuk akal kerana mungkin wujud permintaan untk SUV yang bersaiz sedekimian. 

Dibina berdasarkan kepada seni bina kenderaan SKTACTIV baharu, kemungkinan besar SUV kompak tersebut akan menggunakan enjin termaju Mazda, SKYACTIV-X. 

Dua jentera yang menggunakan enjin sama iaitu Mazda3 dan MX-5 Miata edisi ulang tahun ke-30 turut dipamerkan nanti. 

Seperti yang boleh dilihat, SUV itu menampilkan bahasa rekaan Kodo yang lebih matang. Menjadi model kedua selepas Mazda3, rekaan tersebut hadir dengan lampu belakang LED dan reka bentuk lebih menarik untuk bahagian belakangnya. 

Tags
Google ads
Back to top button