Artikel Pilihan

TAK GUNA VIRAL DI FB, AMBIL GAMBAR DAH LAPOR TERUS PADA JPJ

Memandu di musim perayaan ni memang tekanannya lain macam. Tak dapat nak elak dah sebab kereta memang banyak atas jalan dan tak ada apa yang kau boleh buat selain daripada bersabar dan terus bersabar.

Namun sabar ni tentang kerjasama semua. Kalau kau sorang je bersabar tapi sebaris 100 kereta ikut lorong kecemasan, 20 bijik potong barisan dalam seminit, hati mana yang tak panas kan?

Itu yang ramai ambik gambar dan maki dalam facebook secara berjemaah. Sebenarnya, ada cara yang lebih berkesan.

BACA: TAK LULUS LESEN, UGUT PEGAWAI JPJ DGN PISAU

Kau boleh ambik gambar dan lapor terus kepada Jabatan Pengangkutan Japan (JPJ) berserta sedikit info. Maklumat bergambar memang sesuatu yang berharga dan pesalah pun susah nak nafikan kesilapan mereka.

Apa jenis kesalahan?

Antara kesalahan popular yang dibuat oleh pemandu babi, eh silap, pemandu di tahun babi ialah;

  • Memotong barisan
  • Memandu di Lorong kecemasan
  • mengekori kenderaan terlalu rapat

Cara untuk membuat laporan ialah dengan menghantar gambar dan maklumat seperti nama pengirim, IC, alamat, nombor telefon.

Kemudian sertakan juga maklumat seperti tarikh dan tempat kejadian, maklumat kenderaan babi, eh silap lagi, kenderaan tahun babi tersebut, jenis kesalahan dan juga maklumat tambahan seperti gambar ataupun rakaman video.

JPJ akan mengeluarkan notis 114 di mana pemiliknya akan dihubungi dan dilakukan soal siasat. Kalau salah, kena saman Notis P22.

Padan muka pemandu tersebut dan keluarga mereka sekali

infografik dari Bernama

Google ads
Back to top button