ACURA NSX PENUNGGU SUNGAI TERJUAL DENGAN HARGA CECAH RM38K – TARAF TUKUN DAH NI
Ini contoh betapa tak masuk akalnya harga kereta-kereta yang isitmewa. Tengok contoh ni, Acura NSX juga dikenali di sebelah Asia dengan nama Honda NSX ditemui setelah terbenam di dasar sungai selama 20 tahun berjaya dijual dengan harga USD8,500 (lebih RM38K).
Kita tahu harga NSX generasi pertama ni memang mahal tapi itu untuk yang berada dalam keadaan tip top. Kalau dah rupa macam ni korang sanggup ke beli? Ia ditemui secara tidak sengaja di dasar sungai oleh penyelam yang sedang mencari kenderaan lain yang terlibat dalam kejadian jenayah sekitar tahun 2019 dahulu.
Sebaik ditarik keluar rupa-rupanya kereta ini telah dilaporkan dicuri pada tahun dan gagal ditemui sehinggalah sekarang. Bayangkan kereta berusia lebih 30 tahun dan berada di dasar sungai selama 20 tahun. Sadis betul.
Lebih menarik bila ada individu yang sanggup membeli kereta ini dengan nilai yang agak tinggi. Bayangkan tingkap yang pecah, enjin entah ke mana, bahagian belakang penuh lumpur dan dalaman yang menyerupai sebuah taman dasar laut. Tapi menariknya meter perbatuan baharu sahaja mencatat 62,764 kilometer). Cakera brek? Hmm nampak macam dihasilkan dari tanah liat dah.
Lebih menarik lagi bila ramai yang berebut membida kereta ini. Bayangkan dari harga permulaan USD6,000 ia meningkat sehingga USD8,000 untuk sebuah kereta yang dah macam bangkai.
Kami akui NSX memang sebuah masterpiece dari Jepun dan pernah membuatkan Ferrari kecut perut. Tapi kalau dah dalam keadaan macam ni, memang tabik la kalau pembeli berjaya mendapatkan kembali semua alat ganti untuk proses restorasi.