Buletin

MAZDA CX-5 FACELIFT 2016

Model terlaris Mazda di Malaysia, SUV CX-5 kini tampil dengan versi yang telah ditambah baik.

Mazda-CX5-facelift-2016-mekanika (7)

SUV itu diperkenalkan oleh Bermaz Motor pada acara makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina di Subang, Selangor baru-baru ini.

Harus tahu bahawa model facelift ini melibatkan varian 2.0 dan 2.5 liter yang kini mula dipasang di kilang Bermaz Motor di Kulim, Kedah. Selain penambahan pelbagai ciri menarik, harga untuk 2.0 liter dikatakan tidak berubah.

Mazda-CX5-facelift-2016-mekanika (4)

Sementara harga untuk varian 2.5 liter dikatakan akan sedikit murah berbanding model CBU yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM175,000 seunit.

Perubahan paling ketara boleh dilihat pada bahagian hadapan yang dipasang dengan gril radiator baharu. Lampu nyalaan siang dan lampu utama LED dengan ciri auto levelling juga boleh didapati pada varian 2.5 dan 2.0 liter (high spec).

Mazda-CX5-facelift-2016-mekanika (5)

Jika model 2.0 liter menggunakan rim aloi bersaiz 17 inci, versi 2.5 tampil lebih bergaya dengan rim aloi bersaiz19 inci.

Menjengah ke ruang kabin, model facelift ini menerima sistem infotaimen MZD CONNECT bersama paparan skrin sentuh bersaiz tujuh inci dan commander control multi fungsi.

Mazda-CX5-facelift-2016-mekanika (9)

Bukan itu sahaja, SUV ini turut dilengkapi sistem i-ACTIV untuk varian pacuan semua roda atau dua roda (2WD). Dari segi keselamatan pula, CX-5 didatangkan dengan sistem brek ABS, EBD, BA, DSC, TCS dan enam beg udara.

Aspek mekanikal bagaimanapun dikekalkan. Model 2.0 liter masih menggunakan enjin empat slinder, DOHC 16V, SKYACTIV-G berkuasa 155hp dan tork maksimum. 200Nm. Manakala varian 2.5 dijana oleh unit enjin SKYACTIV-G yang mampu menjana 185hp dan tork 250Nm.

Mazda-CX5-facelift-2016-mekanika xtra

Kedua-dua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan yang lancar.

CX-5 facelift akan ditawarkan dalam empat warna iaitu putih, biru, kelabu dan perak. Tempahan kini sudah dibuka, ia dijangka berada di pasaran tidak lama lagi.

Google ads
Back to top button