Motosikal

VERSI BRUTAL BRUTALE

Pengeluar minyak pelincir dunia, Motul mendedahkan jentera konsep disebut Onirika 2853. Dipamerkan di Verona Motor Bike Expo 2016, jentera itu dibina berasaskan kepada model MV Agusta Brutale 800.

Motul-Onirika-2853-Concept-mekanika (2)

Model konsep dengan rekaan begitu brutal itu adalah sentuhan Luca Pozzato dari Officine GP Design.

Nama Onirika 2853 merujuk kepada mimpi atau bayangan masa hadapan Motul selepas penubuhannya pada 1853. Pozzato menggunakan warna kelabu untuk menyerlahkan rekaan motor yang ‘sasa’.

Motul-Onirika-2853-Concept-mekanika (1)

Bahagian pelana begitu ganas dengan rekaan sedikit lekuk bersama kemasan seperti paku.

Penutup tangki minyak berbentuk seperti ‘gear’. Sepanjang ekor belakangnya dan bahagian atas tangki minyak dipenuhi dengan grafik mekanikal. Bahkan garis brek yang mengikuti alur pada suspensi lebih tebal daripada biasa.

Onirika masih mengekalkan enjin Brutale 798cc tiga silinder. Begitu juga bahagian rangkanya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button