Buletin

MAZDA CX-5 SERBA BAHARU – 5 VARIAN, BERMULA RM134,205

Bermaz Motor hari ini secara rasminya melancarkan model popularnya, SUV CX-5. Disifatkan sebagai model paling maju setakat ini, jentera tersebut menampilkan perubahan yang siginifikan dari segi dalaman dan luarannya.

Mazda CX-5 kini hadir dalam lima varian:

CX-5 2.0L GL SKYACTIV-G                       – RM134,205 (solid) RM134,605 (metalik)

CX-5 2.0L GLS SKYACTIV-G                     – RM148,205 (solid) RM148,605 (metalik)

CX-5 2.5L GLS SKYACTIV-G                     – RM160,596 (solid) RM160,996 (metalik)

CX-5 2.2L GLS SKYACTIV-D 2WD           – RM164,179 (solid) RM164,579 (metalik)

CX-5 2.2L GLS SKYACTIV-D 4WD           – RM174,779 (solid) RM175,179 (metalik)

(harga di atas jalan, tidak termasuk insurans)

Bermaz Motor mensasarkan jualan sekitar 500 hingga 600 unit CX-5 baharu sehingga akhir tahun ini.

CX-5 menyerlahkan lagi ekspresi reka bentuk KODO: Soul of Motion Mazda. Bahagian luaran kini dinamik menerusi rekaan gril radiator baharu dan lampu utama lebih nipis. Di bahagian belakang, ia menerima lampu baharu yang lebih maskulin.

Ruang kabin kini menampilkan susun atur papan pemuka yang lebih simetrikal dan fokus kepada pemandu. Konsol dinaikkan sedikit agar lebih ergonomik. Sistem infotainmen MZD CONNECT telah direka semula dan diposisikan pada bahagian atas papan pemuka, selari dengan garis pandangan pemandu.

Tipikal sebuah kenderaan Mazda moden, anda pasti berpuas hati dengan kualiti buatan dan material premium seperti kulit, jahitan, kayu serta kemasan besi yang digunakan.

Aspek keselamatan jentera ini dipertingkatkan menerusi aplikasi G-Vectoring Control (GVC) yang merupakani intipati kepada SKYACTIV-VEHICLE DYNAMICS Mazda. GVC memastikan kawalan kenderaan yang lebih dinamik.

Selain memberikan pengendalian, pecutan dan membuatkan pemandu serta penumpang kurang penat jika terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.

CX-5 turut dilengkapi rangkain ciri i-ACTIVSENSE Mazda yang terdiri daripada:

Adaptive LED Headlights (ALH) – mengawal sejumlah lampu LED untuk meningkatkan kecerahan pada kelajuan rendah, tidak menyilaukan pengguna jalan raya lain dan meluaskan jarak pandangan apabila lampu tinggi diaktifkan.

Adaptive Front-Lighting System (AFS) – direka khas untuk membantu pemandu untuk melihat dengan jelas aabila mengambil selekoh pada waktu malam. Lampu ini akan membelok sehingga 15 darjah mengikut pusingan stereng.

Smart City Brake System (SCBS) – memantau kenderaan hadapan dan belakang untuk mengelak kemalangan. Jika risiko kemalangan dikesan, ia akan mengeluarkan amaran secara visual dan audio, sebelum brek ditekan secara automatik.

Lane Departure Warning System (LDWS) – berfungsi mengesan garis jalan secara automatik dan memberi amaran kepada pemandu apabila mereka keluar dari garian tersebut.

Blind Spot Monitoring (BSM) – membantu mengesan dan memberi amaran apabila terdapat objek atau kenderaan dalam lingkungan titik buta pemandu.

Rear Cross Traffic Alert (RCTA) – memberi amaran kepada pemandu apabila ia mengesan kenderaan menghampiri dari arah sisi ketika kereta diundur.

Lane-Keep Assist System (LAS) – tambahan kepada ciri Lane Departure Warning System dengan membetulkan kedudukan stereng dan memastikan kenderaan sentiasa berada di laluan yang betul.

Driver Attention Alert (DAA) – berfungsi mengurangkan kemalangan akibat keletihan pemanu. Sistem ini mula berfungsi apabila kelajuan mencapai 65km/j sebelum mengenal pasti corak pemanduan pemandu, memantau input dan pergerakan kenderaan.

Dengan semua sistem keselamatan ini, tidak hairanlah jika CX-5 menerima penarafan lima bintang daripada Euro NCAP, JNCAP dan Top Safety Pick+” oleh Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) Amerika syarikat.

CX-5 didatangkan dalam lapan pilihan warna seperti merah, kelabu, putih mutiara, biru, perak dan hitam.  

Lebih menarik lagi, Bermaz Motor telah melanjutkan tempoh jaminan pengilang dari 3 kepada 5 tahun (kecuali trak pikap BT-50).

Justeru, semua kenderaan yang didaftarkan mulai 1 Februari 2017 akan menikmati jaminan selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Di samping penyelenggaraan percuma selama 3 tahun/60,000km.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button