Buletin

MAZDA KUKUHKAN RANGKAIAN DI MALAYSIA TIMUR

Pengedar utama kenderaan Mazda di Malaysia Timur, Maxspeed Automart Sdn. Bhd. (Maxspeed Automart) baru-baru ini membuka cawangan 3S ketiganya. 

Mazda-Maxspeed-mekanika (7)

Sebelum ini, ia memiliki dua cawangan masing-masing di Kuching and Sibu. Penambahan pusat 3S terbaharu itu menjadikan outlet Mazda di Malaysia kepada lapan buah.

Terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu, kemudahan seluas 18,000 kaki persegi itu merupakan oulet ke-46 Mazda yang ditubuhkan oleh Bermaz motor. Ia selari dengan pelan pengembangan rangkaiannya bagi mengukuhkan jenama Mazda di Malaysia Timur.

Mazda-Maxspeed-mekanika (9)

Pusat 3S ini akan mempamerkan rangkaian penuh model terbaharu Mazda. Kemudahan ini juga dilengkapi ruang penyelenggaraan demi menawarkan perkhidmatan terbaik untuk para pelangga di kawasan sekitarnya.

Pembukaan rasmi pusat 3S Maxspeed Automart dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Edward Young Oui Fah.

Mazda-Maxspeed-mekanika (1)

“Visi kami adalah untuk menawarkan produk dan perkhidmatan premium kepada semua pelanggan. Kami perlu menambah baik perkhidmatan serta kemudahan menerusi bilik pameran yang kondusif dan mesra pelanggan. Di samping servis selepas jualan yang boleh dipercayai,” kata Pengarah Urusan Maxspeed Automart, Philip Lau.

Maxspeed Automart berbangga untuk dikaitkan dengan jenama Mazda yang sejak akhir-akhir ini mendapat sambutan hangat dan memenangi banyak anugerah di seluruh dunia.

Mazda-Maxspeed-mekanika (4)

Kejayaan itu banyak disumbang oleh teknologi SkyActiv yang memberi penekanan terhadap aspek penjimatan bahan api dan mesra alam, tanpa berkompromi dengan prestasi pemanduan.

Model-model Mazda SkyActiv dengan bahasa rekaan Kodo telah merekodkan prestasi memberangsangkan sejak pengenalan crossover SUV, Mazda CX-5, sebelum diikuti oleh Mazda3 & Mazda6.

Mazda-Maxspeed-mekanika (2)

Buktinya, Bermaz Motor mencatat jualan 10,000 unit pada tahun 2013, berbanding hanya sekitar 600 unit sewaktu penubuhannya pada tahun 2008.

Cawangan Maxspeed Automart: 

1. Kota Kinabalu, Penampang

Alamat: Bulatan Sigah, Donggongon, Jalan Penampang, Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: 088-7296 96 (Jualan) 088-728 585 (Servis)

2. Kuching

Lot 5, Hakka Avenue Estate Mile 5, Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak

Tel: 082-454 107 (Jualan) 082-575 068 (Servis)

3. Sibu

No 9 & 10 G Flr, Lorong Pedada 16, 96000 Sibu, Sarawak

Tel: 084-321 699 (Jualan) 084-328 124 (Servis)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button