Peranti

ACER ASPIRE R 11 – RM1,499

Acer Malaysia baru-baru ini mengumumkan kehadiran Acer Aspire R 11, peranti pertama di pasaran yang dipasang dengan Windows® 10 OS yang baru sahaja diperkenalkan.

Acer-Aspire-R-11-mekanika (3)

Dengan saiz kompak 11.6 inci, penambahan terbaharu dalam rangkaian peranti boleh ubah (convertible) Acer ini menjadikannya faktor bentuk paling kecil dalam kategorinya. Rekaannya yang unik bersama engsel 360 darjah membolehkannya bertukar menjadi empat mode, sekali gus menjadikan tugas untuk menghasilkan kandungan dan perkongsian lebih mudah.

“Aspire R 11 melengkapkan satu rangkaian produk Acer yang sedia untuk proses naik taraf Windows®. Malah, model Aspire E series yang akan ditawarkan tidak lama lagi juga akan hadir bersama Windows® 10,” kata Pengarah Jualan dan Produk, Acer Sales & Services Sdn. Bhd., Chan Weng Hong.

Acer-Aspire-R-11-mekanika (7)

Acer Aspire R 11 telah direka agar pelindung dengan tekstur seperti fabrik itu bukan sekadar menarik perhatian, malah memberikan genggaman yang lebih kemas dan tahan calar.

Skrin sentuh HD bersaiz 11.6 inci yang menampilkan teknologi Zero Air Gap pula menawarkan pengalaman tontonan yang lebih jelas dan tajam. Corning Gorilla Glass pula menjanjikan perlindungan lebih baik daripada calar dan pengalaman sentuhan yang lancar. Acer Aspire R 11 juga hadir bersama lapisan anti cap jari yang memastikan permukaan skrin sentiasa bersih dan jelas.

Acer-Aspire-R-11-mekanika (1)

Reka bentuk engsel tork berkembar 360 darjah yang unik pada Acer Aspire R 11 membolehkan komputer riba ini ditukar kepada empat mode dengan mudah – notebook, pad, paparan dan tent. Memandangkan perubahan reka bentuk Acer Aspire R 11 yang fleksibel, output saluran audio akan diterbalikkan secara automatik berdasarkan kepada orientasi skrin.

Acer Aspire R 11 didatangkan dengan beberapa ciri baharu seperti Acer TrueHarmony yang menawarkan kualiti audio lebih berkualiti. Ciri Acer BluelightShield™ pula melindungi mata pengguna daripada bahaya cahaya biru. Ia mengurangkan keletihan mata dengan meminimumkan emisi lampu biru daripada skrin melalui 3 mode iaitu Low Reduction, High Reduction dan Long Hour Mode.

Acer-Aspire-R-11-mekanika (2)

Acer Aspire R 11 ialah komputer riba yang diperakui oleh Skype kerana ia memenuhi standard audio dan visual yang ketat. Jadi, para pengguna boleh berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan di seluruh dunia tanpa gangguan.

Ciri-ciri lain pada Acer Aspire R 11 yang perlu diketahui ialah Acer Touch Tools. Ia membolehkan pengguna untuk merakam, mengumpul, menulis dan berkongsi data di atas skrin dengan hanya satu sentuhan jari.

Acer-Aspire-R-11-mekanika (1)

Ciri Precision TouchPad (PTP) berfungsi untuk meningkatkan aspek ketepatan dan prestasi navigasi pad sentuh bersama gestur cubitan yang intuitif bagi tujuan zoom in atau zoom out, menyentuh, menukar halaman (swipe) dan scroll dengan mudah. Ia juga dilengkapi teknologi penolakan tapak tangan untuk membezakan di antara gestur jari yang betul dengan sentuhan tapak tangan secara tidak sengaja.

Dengan kuasa bateri yang mampu bertahan sehingga lapan jam, empat mode penukaran Acer Aspire R 11 membolehkan penggunaan yang maksimum sepanjang hari.

Acer-Aspire-R-11-mekanika (6)

Acer Aspire R 11 baharu ditawarkan pada harga RM1,499 seunit dan sudah boleh didapati di semua Penjual Sah Acer di seluruh negara.

Mereka yang membeli Acer Aspire R 11 baharu juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan ‘Why Not Win a Mazda3?’ yang sedang berlangsung. Mereka berpeluang memandu pulang sebuah Mazda3 baharu dan memenangi pelbagai hadiah hebat apabila membeli produk-produk terpilih yang dikuasakan oleh Intel.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button