Buletin

MCLAREN 570S ROSAK TERUK LANGGAR VW GOLF

Sebuah jentera McLaren 570S berwarna merah jambu remuk dalam kemalangan di pusat bandar London, Britain pada minggu lalu.

Difahamkan, nahas berlaku di Montagu Mansions, Marylebone setelah jentera terbabit berlanggar dengan Volkswagen (VW) Golf berwarna hitam.

Biarpun, tiada rakaman imej menunjukkan kerosakan dialami Golf berkenaan tetapi McLaren mengalami kerosakan serius.

Bamper hadapan tercabut manakala panel di bahagian hadapan hancur. Selain itu, lampu dan hud hadapan turut pecah.

Besar kemungkinan tayar hadapan rosak dan terdapat kebocoran pada komponen dalaman jentera McLaren itu.

Menurut ciapan Twitter, Komander Briged Pasukan Bomba London (Camden), Simon Tuhill, pihaknya banyak menjalankan operasi insiden kemalangan kenderaan tetapi tidak banyak melibatkan jentera McLaren 520.

“Pihak penyelamat dari Marylebone telah bergegas ke lokasi kejadian bagi memastikan keadaan selamat selepas pemandu hilang kawalan,” katanya. – carscoops.

Google ads
Back to top button